Resipi Kuih Keria


Resipi Kuih Keria


Rasanya kuih Keria ini memang tidak asing lagi di negara Malaysia.Sangat senang didapati.Kuih yang sesuai dihidangkan buat seisi keluarga dan sesuai dijadikan perniagaan.

Bahan :

1) 1 kg ubi keledek putih, direbus
2) 200 gm tepung gandum
3) 1 sudu teh serbuk penaik

Bahan Sira Gula :

1) 1/2 cawan gula pasir
1) 1/3 cawan air
  
(Untuk 20 biji kuih)

Cara Membuatnya :

1. Ubi keledek dibuang kulit dan potong kecil-kecil.Rebus dengan sedikit garam hingga empuk.Toskan airnya.Setelah suam-suam,tumbuk dengan gelas hingga hancur.Boleh guna food processor jika ada.

2. Gaul ubi dengan tepung gandum dan serbuk penaik.Uli hingga menjadi doh yang tidak melekat pada tangan. Jika masih lembik, tambah tepung lagi.

3.Bentukkan doh bulat-bulat dan lubangkan tengahnya.Bentukkan seperti donat. boleh guna acuan utk memudahkan kerja 

4.Goreng hingga kekuningan.Angkat dan toskan.

5.Dalam kuali lain,masukkan air dan gula pasir untuk membuat sira.Kacau gula hingga mendidih dan agak pekat.

6.Masukkan kuih dan balik-balikkan supaya air gula merata.Pastikan api kecil.Kacau hingga menjadi kristal gula.

7. Angkat dan hidangkan.

Nota: Boleh guna ubi oren tapi ubi ini agak lembik.Perlu gunakan lebih tepung.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI
: Di harap Resipi Kuih Keria yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.



Resipi Kuih Keria Resipi Kuih Keria Reviewed by C.I on May 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.