Trip Ke Pulau Langkawi Part 01

Assalamualaikum

Hari ni nak tulis sedikit mengenai trip saya ke Pulau langkawi.Memang cadangan ke Pulau Langkawi serious agak spontan.Cuma rancangan spontan yang tidak disangka menjadi kenyataan dengan rakan-rakan yang lain.

Dengan slumbernya saya dan rakan terus ke Jety Kuala Perlis untuk mencari tiket.Alhamdulillah tak sesak sangat orang di Jety Kuala Perlis.Tiket Ke Pulau langkawi masih banyak, tiket ke Pulau Langkawi dari Kuala perlis berharga RM 18.00.Sebelum beli tiket anda kena beratur dulu.

Selepas membeli tiket kami masuk ke dalam jety untuk menunggu fery agak tergejut juga rupanya ramai lagi orang nak ke pulau langkawi. 

Seperti biasa mesti kena beratur dahulu sebelum masuk kedalam fery.
Untuk masuk kedalam fery anda terpaksa menyeberang dengan menggunakan tangga sahaja.So kepada yang pergi membawa kanak-kanak harus peka supaya tidak jatuh kedalam laut.




Suasana didalam fery jugak agak selesa, mempunyai air-cond dan ada tv yang besar.Jaket keselamatan juga ada sekiranya apa-apa kemalangan terjadi.

Setelah 45 minit perjalan akhirnya kami sampai ke Pulau Langkawi.Jety di Pulau Langkawi juga agak besar lebih besar dari jety Kuala Perlis

Setelah sampai ke Pulau langkawi kami terus mencari bilek motel untuk di sewa selama sehari.Setelah puas mencari akhirnya jumpa di pekan Rabu Pulau langkawi 71 Motel Harga cuma RM 60.00 sahaja.Murah dan bilik jugak agak selesa.




Trip Ke Pulau Langkawi Part 01 Trip Ke Pulau Langkawi Part 01 Reviewed by C.I on April 04, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.