Assalamualaikum
Selepas mendapat bilik kami terus ke destinasi pertama iaitu menaiki Kabel Car.Agak tergejut kerana kawasan itu agak besar.Untuk para wanita kalau kesana boleh lah untuk bershoping kerana banyak kedai cendera hati seperti baju dan sebagainya.Pendek cerita tidak bosan lah kalau anda kesana macam-macam aktiviti diadakan kepada pengunjung.
Kawasan disana adalah sangat bersih dan indah ada air pancut, sungguh budak-budak akan suka tempat ini
Kedai untuk bershoping pun ada banyak seperti baju, key chain dan sebagainya.Tanpa berlengah kami terus mendapatkan tiket untuk menaiki Kabel Car yang berharga RM 20.00 sahaja.
Agak bertuah kerana tidak ramai sangat pengunjung pada hari yang kami pergi.So tak payah tunggu lama-lama
Kepada yang pertama kali menaiki saya pasti akan berasa sedikit takut dan gayat kerana saya juga pertama kali menaiki kabel car.Walau pun takut saya redah jugak untuk menikmati pandangan yang indah dari atas gunung
Pandangan dari atas gunung Mat Cincang
Sebelah malam pula kami tidak terlepas untuk pergi ke Pasar malam Kuah.Pasar malam ini agak panjang kerana berada disebelah sungai Kuah.Disini ada pelbagai jenis kuih muih dan makanan yang sedap-sedap rugi anda tidak datang ke Pasar Malam Kuah setiap hari Sabtu.
Setelah selesai berjalan di Pasar Malam Kuah, kami terus Ke Pantai Cenang untuk bersiar-siar dah menikmati udara pantai.Sempat melihat aksi Seni di tepi jalan.Serious suara brother tu semua sungguh sedap
Destinasi terakhir kami sebelum menaiki fery ke Kuala Perlis adalah melawat Dataran Lang yang sangat berhampiran dengan Jety Pulau Langkawi.Sangat bangga melihat Ukiran burung lang yang sangat besar.
Hanya setakat ini sahaja cerita Trip saya ke Pulau Langkawi.
Trip Ke Pulau Langkawi Part 02
Reviewed by C.I
on
April 04, 2015
Rating:
No comments: