Resipi Kuih Tepung Gomak
Kuih Tepung Gomak memang banyak meninggalkan pengalaman buat saya kerana masa tahun 90an saya pun masih sekolah rendah masa itu, memang suka sangat makan kuih ini.Tapi agak malang buat masa sekarang kerana kuih Tepung Gomak memang susah hendak didapati.Tapi tidak mengapa kerana kuih ini sangat mudah untuk disediakan masa yang diambil pun tidak lama.Boleh lah anda cuba sendiri buat dirumah untuk dihidangkan buat seisi keluarga.Selamat mencuba
Bahan-Bahan :
Bahan Tepung
1) 300 gram Tepung pulut
2) 1 cawan Air
3) secubit garam
Campurkan Tepung dan garam. Masukkan air sedikit demi sedikit dan uli sehingga menjadi doh. sekiranya air tidak mencukupi boleh la di tambah lagi.
Bahan inti :
1) 200 gram Gula merah
2) 1/2 cawan Gula putih
3) 1/2 cawan Air
4) 1 biji Kelapa parut
5) 2 sudu teh Tepung gandum
6) 2 helai Daun pandan
Cara-Cara :
1. Campurkan gula merah, gula putih, air dan sehelai daun pandan. masak sehingga gula larut. tapis air gula.
1. Campurkan gula merah, gula putih, air dan sehelai daun pandan. masak sehingga gula larut. tapis air gula.
2. Masukkan semula air gula didalam kuali. Campurkan kelapa dan sehelai lagi daun pandan. masak sehingga kering. akhir sekali masukkan tepung.
Bahan Tepung kacang hijau
1) 200 gram kacang hijau
Cara-cara :
Bahan Tepung kacang hijau
1) 200 gram kacang hijau
Cara-cara :
1. Basuh kacang hijau sehingga bersih. goreng tanpa minyak di dalam kuali sehingga kekuningan. kemudian dikisar halus.
2. Ayak tepung sebelum digunakan untuk mendapat hasil tepung yang halus.
Cara-cara membuat tepung gomak
1. ambil sedikit adunan tepung. leperkan dan masukkan inti. bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus.
Cara-cara membuat tepung gomak
1. ambil sedikit adunan tepung. leperkan dan masukkan inti. bulatkan dan tekan sedikit sebelum direbus.
2. Apabila kuih telah timbul didalam air rebusan. angkat dan salutkan dengan tepung kacang hijau.
3. Resepi ini boleh menghasilkan lebih kurang 20 biji kuih tepung gomak.Selamat mencuba!
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Tepung Gomak yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Tepung Gomak
Reviewed by C.I
on
May 02, 2020
Rating:
No comments: