Buah Pulasan atau nama sainsnya Nephelium mutabile adalah sejenis buah yang menyerupai bentuk dan rasa seperti buah rambutan. Tetapi biji buah pulasan adalah lebih keras, dan isinya agak kering dan kasar berbanding buah rambutan. Namanya yang datang dari perkataan Bahasa Melayu “pulas” (twist) kerana untuk mendapatkan isinya untuk dimakan, buahnya haruslah dipulaskan dahulu dengan menggunakan kedua-dua belah tangan. Maka dengan itulah ia dipanggil buah pulasan.
Ciri-ciri
Buah pulasan diselitupi bulu yang lebih keras berbanding rambutan. Di Filipina ia dikenali sebagai bulala. Buah Pulasan dimakan begitu sahaja, ia sesedap rambutan dan laici, tetapi amat jarang dijumpai diluar Asia Tenggara.
Pokok Pulasan
Pokok Pulasan agak menarik dan sering ditanam sebagai pokok hiasan. Ia mencapai ketinggian 10-15 m; mempunyai batang yang halus 30-40 cm; dan dahan yang berbulu keperangan semasa muda. Mempunyai daun berselang, pinnate atau pinnate-ganjil, dengan sepanjang 17-45 cm, mempunyai 2 hingga 5 pasang daun kecil bersetentangan atau hampir bersetentangan, bujur atau menirus (oblong-or elliptic-lanceolate), sepanjang 6.25-17.5 cm dan sehingga 5 cm lebar; agak beralun, hijau gelap dan hampir tidak berkilat pada permukaan atas; pucat, agak kebiruan, dengan bulu halus pendek jarang di bahagian bawah. Mempunyai bunga yang agak kecil, tanpa kelopak dengan 4-5 sepal berambut, secara tunggal atau bergugus pada hujung dahan utama atau dahan kecil, dipenuhi bulu halus kuning atau keperangan.
PETUA TRADISIONAL
Penawar Sakit Kuning
Bayi yang baru lahir kerap mengalami masalah sakit kuning. Ubatinya dengan cara memandikan bayi dengan air rebusan kulit batang pokok pulasan. Ambil kulit batang pokok pulasan dan rebus hingga mendidih. Biarkan suam baru mandikan bayi. Lakukan 3 hari berturut-turut. InsyaAllah sembuh.
Tahukah Anda Khasiat Buah Pulasan !!!
Reviewed by C.I
on
March 02, 2020
Rating:
No comments: