Kuih seri muka memang sudah tidak asing lagi di negara Malaysia.Kuih yang sangat sedap.Pulut yang lemak dibahagia bawah dan lapisan pandan yang manis dibahagian atas memang sangat menyelerakan.Kuih ini memang sangat berpotensi untuk dijadikan perniagaan kerana permintaan yang tinggi.
Bahan-bahan :
1) 500 g beras pulut susu atau biasa juga boleh
2) 300 ml santan pekat(fresh) atau 100ml santan kotak + 200ml air
3) 200 ml air
4) 2 sudu teh garam
Cara cara :
1. Rendam pulut 30 minit dan toskan
2. Kukus bahan-bahan diatas selama 30 minit dlm loyang bersaiz 10×10×2
Bahan-Bahan Lapisan Atas :
1) 250 gm gula castor
2) 70 g tepung jagung atau tepung kastard
3) 100 g tepung gandum
4) 400 ml santan fresh atau 150ml santan kotak + 250 ml air
5) 300 ml air pandan (kisar 5 helai daun pandan muda (bau wangi) dgn 300ml air)
6) 2 biji telur saiz b
7) 3-4 titik warna hijau apple kalau nak warna lebih cantik
8) 1/4 sudu teh esen vanilla
9) 1/2 sudu teh garam
cara cara :
1. Satukan semua bahan mengunakan whisk. Adunan mungkin berketuk sedikit jadi tapis dengan penapis.
2. Kemudian masakkan adunan di atas api kecil sehingga naik wap dan tutup api
3. Kemudian tuangkan adunan ke atas pulut yang telah dikukus tadi
4. Kukus selama 30minit
Tips Mengelakkan Gelembung Pasa Seri Muka Pandan:
1 .kukus api sederhana jika menggunakan pengukus biasa
2 .Untuk permukaan cantik, lap penutup kukus setiap 10min
3 .Sukatan tepung jagung mesti tepat
4 . Selepas kukus pulut 30 min, terus curahkan adunan hijau. Jgn biarkan pulut sejuk
Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Seri Muka Pandan yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Seri Muka Pandan
Reviewed by C.I
on
May 07, 2020
Rating:
No comments: