Resipi Kuih Nagasari Pisang
Kuih nagasari pisang ini boleh dikatakan salah satu kuih yang semakin dilupakan di negara kita.Setahu saya memang sangat susah nak mencari kuih ini di jual setiap pagi.Mungkin di kawasan kampung masih ramai peniaga yang menjualnya.Kuih ini memang sedap kerana kemanisan inti pisang didalamnya.Buat anda yang ada masa terluang boleh lah mencuba sendiri resipi ini dirumah.
Bahan-bahan :
2) 50 gm tepung ubi
3) 120 gm gula pasir
4) 200 ml santan - tambah dengan 400 ml air (jadikan 600ml)
5) 1/2 sudu kecil garam
6) 1 helai daun pandan - simpul
7) pisang masak secukupnya - sedap pisang raja
8) daun pisang secukupnya - layurkan di atas api
Cara-cara :
2. Ambil sehelai daun pisang yang sudah dilayur. Letakkan satu sudu besar adunan di atas daun pisang. (sementara itu naikkan periuk pengukus berisi air ke atas dapur - jangan lupa pasangkan api - dah siap bungkus kuih nanti bolehlah terus kukus).
3. Letakkan sepotong pisang di atas adunan tepung tadi.
4. Kemudian ambil satu sudu besar adunan tepung dan tutup pisang tersebut.
5. Kalau nak hasil yang lawa, tutup hirisan pisang secara merata.
6. Bungkus kuih dengan sempurna dan lipatkan bahagian kiri dan kanan daun pisang.
7. Air dalam periuk pengukus pun dah mendidih. Susun saja semua bungkusan kuih nagasari pisang ke dalam pengukus. Kukuslah lebih kurang 20 minit atau sehingga masak.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
CI : Di harap Resipi Kuih Nagasari Pisang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih
Resipi Kuih Nagasari Pisang
Reviewed by C.I
on
May 07, 2020
Rating:
No comments: