Ganjaran Ramadhan Ke ~ Empat Belas

Assalamualaikum dan salam sejahtera. 


Sempena menyambut hari Ramadhan yang keempat belas ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai ganjaran di bawah sekiranya kita berjaya menunaikan ibadah bagi Ramadhan kali ini.Mungkin ramai yang tidak tahu akan betapa besarnya ganjaran yang Allah S.W.T telah janjikan kepada kita sekira ikhlas menunaikannya. 


Bagi sesiapa yang tahu berpuasa dan bertarawih sahaja tapi tidak tahu ganjarannya ! jadi mari kita kongsi bersama.


HARI KE ~ EMPAT BELAS :

"Pada malam keempat belas, ia akan memperoleh kesaksian dari para malaikat bahwa ia telah melakukan sembahyang tarawih ,dan kerananya ia tidak menghadapi hisab.."



1.Pada malam keempat belas ,ia akan mendapat kesaksian...Actually macam dalam mahkamah juga setiap apa yang kita lakukan mestilah mempunyai saksi, tapi bagi ganjaran ramadhan hari ini yang menjadi saksi kita sangat akan membuatkan kita menang kes pada hari perhitungan di sana nanti.Jadi marilah kita renungkan bersama.Bukan senang hendak dapat peluang bersaksikan sedemikian rupa. 

2. Saksi yang dimaksudkan itu adalah Para Malaikat Allah Taa'la sekiranya kita melakukan solat Tarawikh dengan sempurna.InsyaAllah

3. Kenapa Malaikat perlu jadi saksi kita sekiranya bertarawikh pada malam Ramadhan yang keempat belas ini.Jawapannya adalah untuk memastikan kita akan tidak menghadapi hisab disana nanti.Bukan senang untuk Umat Islam bebas dari menghadapi Hisab kerana ia adalah satu proses dimana kita akan dihitung segala amal yang telah dilakukan semasa hidup didunia yang sementara ini. 


4. Oleh yang demikian marikanlah kita bersama-sama mengerjakan ibadah Ramadhan pada hari ini.Semoga ibadah puasa dan sebagainya kita lakukan akan diberkati Allah S.W.T InsyaAllah.

Pecah Kaca,
Tolong LIKE,
Pecah Gelas,
Harap SHARE.

CI : Semoga penulisan diatas dapat dikongsi bersama.Hanya satu perkongsian dari saya pada bulan Ramadhan Al ~ Mubarak ini.InsyaAllah
Ganjaran Ramadhan Ke ~ Empat Belas Ganjaran Ramadhan Ke ~ Empat Belas Reviewed by C.I on May 07, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.