Syaitan Takut Ganggu Kalau Rumah Tangga Bahagia

SETIAP Muslim hendaklah mengawal rumah tangganya daripada gangguansyaitan dan iblis. Antara cara untuk memelihara rumah tangga daripadagangguan syaitan adalah:

Membaca al-Quran.

Membaca al-Quran dengan penuh khusyuk banyak kelebihannya.

Membiasakan membaca al-Quran dalam rumah, selain beroleh pahala membawaberkat dan menyelamatkan penghuni rumah tangga daripada gangguan iblisdan syaitan.

Zikir ketika masuk dan keluar rumah.

Daripada Abu Malik al-Asyaari bahawa Rasulullah bersabda maksudnya:

"Apabila seorang hendak masuk ke dalam rumah, hendaklah dia mengatakan:

Ya Allah, aku mohon kepada Engkau sebaik-baik tempat masuk dansebaik-baik tempat keluar. Dengan nama Engkau kami masuk dan dengannama Engkau kami keluar, dan kepada Tuhan kami, kami menyerahkan diri,kemudian memberi salam kepada keluarga." - (Riwayat Abu Daud).

Memberi salam kepada keluarga dan ahli rumah.

Firman Allah bermaksud: "Maka apabila kamu masuk ke sebuah rumah darirumah-rumah ini hendaklah kamu memberi salam kepada penghuninya yangbererti salam sejahtera kepada diri kamu sendiri, salam yang ditetapkandi sisi Allah, yang diberi berkat lagi baik." - (Surah an-Nur, ayat61).

Imam an-Nawawi berkata: "Disukai untuk mengucapkan salam dan banyakberzikir kepada Allah serta memberi salam sama ada dalam rumah itu adaorang atau pun tidak."

Rumah yang tiada penghuni perlu juga diberi salam, sebab setiap rumahada penghuni dalamnya iaitu malaikat sebagai penjaga dan pengawalnya.Seseorang yang masuk ke dalam rumah dengan memberi salam dijamin Allahkeselamatannya.

Zikir ketika makan dan minum.

Daripada Jabir berkata, bahawa dia mendengar Rasulullah bersabdamaksudnya: "Apabila seorang masuk ke rumahnya dengan berzikir kepadaAllah ketika memasukinya dan ketika makan, syaitan berkata: "Aku tidakmakan dan tidak menginap di tempat kamu, dan apabila dia masuk tidakberzikir kepada Allah ketika masuk, maka syaitan mengatakan:

"Aku boleh menginap dan apabila tidak berzikir ketika makan, syaitanberkata: "Aku boleh bermalam dan makan malam." - (Riwayat Muslim).
Membersihkan rumah daripada gambar patung.

Islam melarang segala bentuk gambar patung disimpan dalam rumah.

Hal ini kerana malaikat tidak akan masuk ke rumah yang ada gambar patung atau tanda salib dalamnya.

Diriwayatkan daripada Aisyah bahawasanya beliau membeli bantal kecilyang ada gambar. Ketika Rasulullah melihatnya, Baginda berdiri dipintu, enggan masuk ke dalamnya. Maka, diketahui daripada wajahRasulullah kelihatan rasa tidak senang, lalu Aisyah berkata: "Ya

Rasulullah, aku bertaubat kepada Allah dan utusannya, apakah dosaku?

Baginda bersabda: "Bagaimana keadaan bantal kecil ini?"

Aisyah menjawab: "Aku sudah membelinya untuk engkau duduk padanya danbersandar." Maka baginda bersabda: "Sesungguhnya orang membuat gambarini akan diazab pada hari kiamat dan dikatakan kepada mereka:Hidupkanlah apa yang kamu ciptakan itu."

Imam Nawawi berkata, jika hendak membuat juga gambar itu, maka buatlahgambar pokok dan segala sesuatu yang tidak ada roh padanya. Demikianmenurut riwayat Bukhari dan lafaz bagi Muslim dan Nawawi.

Membanyakkan solat sunat di rumah.

Solat yang dikerjakan sebagai benteng gangguan syaitan untuk masuk kerumah. Rasulullah bersabda maksudnya: "Jadikanlah solat sunat dalamrumah kamu dan janganlah jadikan rumah kamu itu sebagai kubur." -(Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Maksud sebagai kubur itu adalah tidak melakukan solat sunat di rumah.Rasulullah selalu mengerjakan solat sunat di rumah sebelum solat fardudi masjid seperti sabdanya bermaksud: "Wahai manusia, solatlah kamu(sunat) di rumah kamu kerana sesungguhnya solat seseorang yang palingafdal adalah di rumahnya kecuali solat wajib." - (Riwayat Nasai').

Harmonikan rumah tangga.

Sabda Rasulullah bermaksud: "Sesungguhnya iblis meletakkan singgahsanadi atas air, kemudian mengutus pasukannya, maka yang paling dekatdaripadanya (antara syaitan) kedudukannya adalah yang paling besarmembuat fitnah sehingga datang salah satu daripada mereka mengatakanbahawa tidaklah dia tinggalkan seorang suami dan isteri, dia berkata:"Maka mendekatlah dia daripadanya dan mengatakan sebaik-baik orangadalah kamu." - (Riwayat Muslim dan Nawawi).

Maka, wajib bagi suami isteri untuk bergaul harmoni, ceria dan mesraserta bergaul baik dengan keluarganya untuk mengelak daripada gangguansyaitan dan konconya.

Bentengkan anak daripada gangguan syaitan.

Menjadi kewajipan ibu bapa untuk menjaga zikir pada waktu jimak bagimemelihara anak daripada bisikan dan pengaruh syaitan dari awal lagi.

Daripada Ibnu Abbas bahawa Rasulullah bersabda maksudnya: "Andai katasalah seorang antara kamu mendatangi isteri, hendaklah memulakan denganmenyebut nama Allah dan berdoa: "Ya Allah, jauhkanlah syaitan daripadakami, dan jauhkan syaitan daripada apa yang Engkau rezekikan kepadakami. Maka apabila Allah menjadikan antara mereka berdua seorang anak,tidaklah syaitan akan dapat mengganggu anak itu selama-lamanya. " -(Riwayat Bukhari, Muslim dan Nawawi).

Daripada Abi Rafi' bahawa beliau melihat Rasulullah mengazan padatelinga Husin bin Ali ketika Fatimah melahirkannya dalam keadaan sihat.- (Riwayat Abu Daud dan at-Tirmizi).

Kumpulkan anak-anak dan usap kepala mereka. Kemudian ucapkan doabermaksud: "Aku mohon perlindungan untuk kamu dengan kalimah-kalimahAllah yang sempurna dan semua perbuatan syaitan dan ancaman berbahayaserta daripada semua mata yang jahat."

Rasulullah memohon perlindungan kepada Allah dengan doa ini untuk Husindan Hasan dan mengatakan: "Sesungguhnya bapa kamu berdua memohon perlindungan untuk mereka berdua iaitu Ismail dan Ishak." - (RiwayatBukhari dan at-Tirmizi).

CINTA : Selamat membaca
Syaitan Takut Ganggu Kalau Rumah Tangga Bahagia Syaitan Takut Ganggu Kalau Rumah Tangga Bahagia Reviewed by C.I on April 17, 2015 Rating: 5

1 comment:

  1. Hakikat tentang kebanyakkan produk pelangsingan badan di pasaran sekarang
    *Mahal (Produk A + B + C = Slim, Produk A + B= kurang Slim, Produk A sahaja = Membantu Slim)
    *Perlu maintenance (Bila berhenti, berat badan meningkat semula)
    *Menyebabkan ketidak-selesaan (Cirit-birit, muntah-muntah, ruam, lapar, masalah kulit dll)
    *Berat yang hilang adalah daripada air (Sebab itu senang naik, senang turun)
    *Produk berasaskan gel dan krim tidak dapat diserap ke lapisan yang sepatutnya untk bertindak.
    *Senaman membantu mengawal berat badan, bukan mengurangkan berat badan.
    *Berat yang hilang dengan berdiet adalah berat air + otot

    Penurunan berat yang kekal = Pembuangan lemak badan
    Tahukah anda, 1 kg lemak = 3500 kalori? Ada senamam dalam dunia ini tak yang dapat membakar 3500 kalori dalam masa yang singkat? Lemak yang berada di dalam badan anda sekarang hasil pengumpulan selama anda telah hidup. Sekali anda sudah membakar lemak ke paras yang betul, peningkatan berat badan adalah amat sukar dan untuk kembali kepada berat asal anda akan mengambil masa yang teramat lama.

    Masalahnya disini, apakah yang dapat MEMBUANG LEMAK anda (bukan air, bukan tisu otot)?
    Kami ada cara yang terbukti berkesan dengan penjelasan saintifik yang anda perlukan.

    simplemethodsfantasticresults.webs.com

    ReplyDelete

Powered by Blogger.