Telefon Mudah Alih Berisiko Kena Kanser Otak


PARIS - Pengguna telefon mudah alih mungkin mengalami risiko lebih tinggi menghidapi kanser otak dan hendaklah menggunakan khidmat pesanan ringkat (SMS) dan alat bebas tangan bagi mengurangkan risiko itu, kata pakar kanser Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO).

Medan elektromagnet frekuensi radio yang dikeluarkan oleh telefon mudah alih 'berkemungkinan karsinogenik (menyebabkan kanser) kepada manusia', umum Agensi Antarabangsa bagi Penyelidikan Kanser (IARC), sebuah agensi WHO, pada akhir mesyuarat lapan hari di Lyon, Perancis, semalam.

"Pakar mencapai kesimpulan ini berdasarkan kajian semula terhadap bukti pada manusia yang diperoleh daripada kajian epidemiologi yang menunjukkan peningkatan insiden glioma, sejenis kanser otak," kata Presiden IARC, Jonathan Samet.

Dua kajian khususnya, iaitu yang terbesar dijalankan dalam tempoh sedekad lalu, menunjukkan risiko lebih tinggi 'di kalangan mereka yang menggunakan telefon mudah alih dengan paling kerap', katanya dalam sidang media menerusi telefon.

Sebilangan individu yang dikesan dalam kajian itu menggunakan telefon mereka secara purata 30 minit sehari sepanjang tempoh 10 tahun.


"Kita tidak mengetahui apa yang boleh berlaku apabila pengguna menggunakan telefon mereka untuk tempoh lebih panjang, kemungkinan dalam tempoh sepanjang hayat," kata Samet.

Terdapat kira-kira lima bilion telefon mudah alih yang didaftarkan di seluruh dunia, manakala bilangan telefon dan masa purata penggunaannya beransur-ansur meningkat sejak beberapa tahun kebelakangan.
IARC mengingatkan, bukti saintifik semasa hanya menunjukkan kemungkinan wujudnya pertalian antara peralatan wayarles dengan kanser, dan bukan membuktikan wujudnya pertalian itu.

Setahun lalu, IARC membuat kesimpulan tidak ada pertalian antara telefon mudah alih dengan kanser otak, tetapi laporan awal itu dikritik kerana berasaskan data yang ketinggalan zaman.

Kajian terbaru tersebut, dikendalikan oleh panel 31 saintis dari 14 negara, dihasilkan berdasarkan 'konsensus penuh', kata Robert Baan yang bertanggungjawab menyediakan laporan bertulis yang belum disiarkan. - AFP

CINTA : Alamak harus berhati-hati ya semasa mengunakan talefon mudah alih

Telefon Mudah Alih Berisiko Kena Kanser Otak Telefon Mudah Alih Berisiko Kena Kanser Otak Reviewed by C.I on April 17, 2015 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.