Tahukah Anda Khasiat Buah Kurma Di Bulan Ramadhan !!!


Buah kurma memang tidak asing lagi bagi masyarakat yang beragama Islam di malaysia apabila menyambut bulan Ramadhan.Buah ini akan mendapat sambutan yang amat tinggi untuk dijadikan sebagai juadah berbuka puasa dan untuk juadah bersahur.

Saranan Pengambilan

Buah kurma sebenarnya sangat berkhasiat untuk badan manusia.Jadi saranannya adalah dengan mengambil 3 biji kurma untuk satu sajian ketika hendak bersahur dan ketika hendak berbuka puasa.3 biji kurma sebenarnya sudah cukup untuk memberi manfaat kepada badan manusia.

Untuk makluman anda juga 1 sajian bagi 3 biji buah Kurma yang mempunyai berat 30gram dapat memberi 90 kalori untuk badan kita.

Ini adalah beberapa manfaat yang kita dapat daripada pengambilan buah Kurma:

1. Gula ringkas
- sepertimana yang kita ketahui buah Kurma adalah sejenih buah yang manis.Oleh yang demikian ia akan memberi tenaga segera kepada badan kita untuk bertahan dalam jangka masa waktu yang agak panjang.

2. Vitamin 
- Buah Kurma juga sebenarnya mempunyai banyak Vitamin yang terkandung didalamnya seperti A, B1, B2 dan B3

3. Mineral 
- Selain daripada itu buah kurma juga mempunya Potassium, fosforus, kalsium, sodium dan zat besi yang diperlukan untuk badan manusia

4. Antioksidan 
- buah Kurma juga mempunyai Carotene yang mampu memberi manfaat kepada kita seperti menjaga kesihatan mata, kulit, fungsi neurologis dan banyak lagi manfaat

CI : Jadi buat anda semua pastikan anda mengamalkan makan buah Kurma setiap hari di bulan Ramadhan supaya kita dapat menjalankan ibadah puasa dengan sempurna.Sekian terima kasih.
Tahukah Anda Khasiat Buah Kurma Di Bulan Ramadhan !!! Tahukah Anda Khasiat Buah Kurma Di Bulan Ramadhan !!! Reviewed by C.I on May 01, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.