Resipi Kuih Wajik / Pulut Manis


Resepi Kuih Wajik / Pulut Manis

Kuih Wajik ini boleh kita kategorikan diatara kuih yang paling legend di negara Malaysia.Orang zaman dahulu memang suka buat kuih ini.Mungkin zaman sekrang kuih ini agak kurang popular.Tapi demi menjaga warisan negara kita seharusnya rakyat Malaysia terus menerus untuk buat kuih ini dah dijadikan hidangan terutamanya di musim perayaan.


Bahan-bahannya:

1) Pulut 500 gram (gm)
2) Santan 400 gm (1 bungkus sederhana)
3) Gula kabung 2 buku
4) Daun pandan
5) Gula pasir (gula putih)

Cara-cara membuat wajik/pulut manis:

1. Pulut 500 gm ditanak biasa

P/s : pulut tu nak kukus pun boleh

2. Masukkan santan 400gm + daun pandan 2 helai + gula putih 1 cawan + gula kabung 2 buku ke dalam kuali. Kemudian kacau sehingga sebati semua.

P/s : pasang api kecikkkkk sahaja ye semasa kacau ni.
P/s : fungsi daun pandan : untuk kasi wangi.

3. Apabila telah sebati semua, masukkan pulut yang telah ditanak tadi ke dalam adunan sebati tersebut.

P/s : sebelum masukkan pulut, boleh rasa adunan tersebut manis ke tidak. Jika kurang manis, boleh tambah gula kabung & gula putih lagi ke dalam adunan tersebut & kacau sehingga sebati.

4. Kemudian kacau sehingga sebati, likat dan pekat. Siap untuk dihidangkan

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap Resipi Kuih Wajik / Pulut Manis yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.


Resipi Kuih Wajik / Pulut Manis Resipi Kuih Wajik / Pulut Manis Reviewed by C.I on April 30, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.