Resipi Kuih Seri Muka Jagung


Resipi Kuih Seri Muka Jagung

Kuih Seri Muka jagung memang sangat senang didapati apabila tiba musim Ramadhan kerana permintaannya yang sangat tinggi.Rasanya yang enak, lemak dan manis berpierisa jagung memang akan membuatkan anda menikmatinya ketika makan.Sekiranya anda ingin membuat sendiri kuih ini sila salin resipi dibawah dan selamat mencuba.


Bahagian bawah :

1) 1 1/2 cawan beras pulut direndam kemudian ditoskan
2) 1 1/2 cawan santan
3) sedikit garam dan gula
4) 1 sudu teh butter


Cara-Cara :

1. Kesemua bahan dikacau rata dan dikukus.

2. Bila pulut masak ratakan dan tekan ke dalam loyang bulat 8 inci dan kukus lagi.

3. Semasa pulut panas-panas tuangkan bahagian atasnya dan terus kukus lebih kurang 20 minit.

Bahagian atas :

1) 2 biji telur
2) 1/3 cawan gula pasir
3) 1/2 cawan santan pekat
4) 1/3 cawan susu cair
5) 2 sb tepung gandum
6) 1 sb tepung custard
7) sedikit garam dan vanilla
8) sedikit pewarna kuning
9) 2 sb jagung cream


Cara-cara :

1. Pukul telur bersama gula hingga sebati kemudian masukkan bahan yang lain.

2. Kacau sebentar di atas api, bagi naik wap sahaja kemudian tuangkan ke atas pulut dan teruskan mengukus lagi 20 minit.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap Resipi Kuih Seri Muka Jagung yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Seri Muka Jagung Resipi Kuih Seri Muka Jagung Reviewed by C.I on April 30, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.