Resipi Kuih Tauhu Sumbat


Resipi Tauhu Sumbat

Resipi Tauhu sumbat ini adalah satu menu yang sangat berkhasiat.Terdiri daripada sayur-sayuran yang boleh memberi kita kesihatan yang baik.Resipi ini juga sangat sesuai untuk diberi kepada kanak-kanak kerana mereka amat memerlukan makanan yang berkhasiat.Anda boleh cuba hidangan ini dirumah buat seisi keluarga.

Bahan-­bahan: 


Untuk kuah cili : 

1) 5 biji cili merah 
2) 1 ulas bawang putih 
3) 1 cm halia 
4) 2 sudu makan cuka 
5) 2 sudu makan gula 
6) ½ sudu teh garam 

Untuk anda tahu : 

1) 3 keping tahu (goreng hingga masak) 
2) 5 helai daun salad hijau (potong kecil) 
3) ½ batang lobak merah kecil (sagat) 
4) ½ batang timun kecil (sagat) 
5) Boleh masukkan ayam, daging, sosej, mengikut kreativiti anda

Cara-cara : 

Untuk kuah cili : 

1) Kisar kesemua bahan hingga halus. 

2) Didihkan seketika di atas api. Angkat dan ketepikan 


Untuk anda tahu : 

1) Potong dua bubu tahu goreng membentuk segitiga. Belah bahagian dalam tahu untuk sumbat. 

2) Gaulkan semua sayuran dan masukkan dalam tahu. 

3) Hidangkan bersama kuah cili. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap Resipi Tauhu Sumbat yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Tauhu Sumbat Resipi Kuih Tauhu Sumbat Reviewed by C.I on April 04, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.