Sila patuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 Pada April 2020



Hari ini satu sidang media khas telah dibuat oleh Dato Sri Sabri bin Yaakob Menteri Kanan Pertahanan Malaysia mengenai SOP yang akan dilaksanakan pada PKP fasa 2.Antara intipati yang telah di umumkan adalah

1. Waktu operasi semua premis perniagaan barang keperluan harian termasuk Pasaraya dan Pasar adalah dari pukul 8.00pagi hingga 8.00 malam.
-  Ini adalah satu tindakan yang bernas dengan menghadkan waktu perniagaan agar tiada lagi rakyat Malaysia yang sengaja keluar dan memberi alasan untuk membeli barang kekepeluan

2. Operasi stesen minyak dihadkan dari jam 8.00 pagi hingga 8.00 malam.
- Buat anda yang ingin mengisi minyak sila pastikan anda lakukan disiang hari jangan lakukan selepas pukul 8.00 malam.

3. Waktu operasi pengangkutan awam kekal 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
- Seperti yang kita lihat masih ada lagi pengguna yang menggunakan pengangkutan awam hingga malam, ini mungkin terdapat pekerja-pekerja yang bekerja dibahagian front liner dan tukang cuci.Khidmat mereka amatlah diperlukan buat masa sekarang.

4. Teksi dan E-Hailing dibenarkan beroperasi dari pukul 6.00 pagi hingga 10.00 malam.
- Perkhidmatan teksi dan E-Hailing juga adalah satu khidmat front liner yang amat diperlukan rakyat Malaysia.Tanpa mereka kita mungkin akan mendapat kesusahan yang lagi dasyat,.

5. Kerajaan menggalakkan orang ramai supaya membuat pembelian secara atas talian ( ONLINE )
- ini adalah perkara yang patut dilakukan oleh semua orang dengan membuat pembelian di atas talian internet dan sebagainya.Anda tidak perlu bergadai nyawa untuk keluar mendapatkan barangan atau makanan.Sila jadi rakyat yang bijak.

6. Aktiviti riadah tidak dibenarkan di kawasan awam dan persendirian.
- Seperti yang kita nampak di media sosial masih ada lagi segelintir manusia yang masih degil dengan keluar ke tempat riadah untuk melakukan aktiviti senaman dan sebagainya.Ini adalah satu tindakan yang tidak bertanggung jawab.

7. Kelonggaran kepada golongan Autism dan OKU untuk mendapatkan terapi seperti yang dinasihatkan pakar tetapi tidak dibenarkan secara berkumpulan.
- Golongan istimewa memang kita perlu bagi kelonggaran kerana mereka amat memerlukan cara hidup mereka sendiri.Tidak mungkin untuk mereka memerap didalam rumah seharian kerana mereka ini memerlukan rawatan psikologi dengan berada diluar.

8. Harga siling Topeng Muka ditetapkan pada harga RM 1.50 
-  Semoga tiada lagi peniaga yang menjual topeng muka dengan harga YAHUDI.Sekiranya anda nampak masih ada peniaga yang menjual dengan harga yang tidak masuk akal sila buat laporan.

Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 
Sila patuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 Pada April 2020 Sila patuhi SOP Perintah Kawalan Pergerakan Fasa 2 Pada April 2020 Reviewed by C.I on March 31, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.