Resipi Kuih Cakoi


Resipi Kuih Cakoi

Bahan-­bahan : 


1) 1 kg tepung naik sendiri 
2) 11 gram yis segera 
3) 2 cawan air (bergantung kepada kualiti tepung) 
4) 1/2 cawan gula (jadikan air gula) 
5) 1/2 cawan minyak masak 
6) 1/2 sudu teh soda bikarbonat 
7) 1 sudu makan serbuk bawang puti (jika suka untuk perisa tambahan) 
8) Garam secukup rasa 
9) 1/2 - 1kg minyak masak (untuk menggoreng) 
10) Seri kaya dan mentega untuk inti 

Cara-cara : 

1) Campurkan semua bahan kecuali minyak masak dan bahan inti, uli membentuk doh. Tambah air jika perlu. Biarkan doh selama 20­30 minit di dalam bekas yang dibalut dengan kain lembab. 

2) Panaskan minyak di dalam kuali. 

3) Potong doh memanjang dalam ukuran 1”X 4” hingga habis. Cantumkan 2 potongan bersama bebentuk 2” X 4” dengan tekanan menggunakan kayu stik (chopstick) yang telah disapu minyak. 4) Goreng doh tadi sehingga keemasan dan angkat. 5) Belah separa antara cantuman tadi dengan pisau. Sapu mentega dan isikan seri kaya dalam belahan tersebut. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap Resipi Kuih Cakoi yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Cakoi Resipi Kuih Cakoi Reviewed by C.I on March 31, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.