Tahukah Anda Khasiat Buah Mata Kucing !!!

Nama Botani : Dimocarpus longan malesianus
Famili : Sapindaceae




Pengenalan
Pokok mata kucing sebenarnya subspesis longan. Pokok ini berasal dari China. Pokok mata kucing satu keluarga dengan rambutan dan laici. Pokok mata kucing mendapat namanya daripada bentuk buah yang seakan mata kucing.

Kegunaan
Daun pokok mata kucing mengandungi quercitrin dan quercetin yang memiliki sifat antioksidan dan antivirus. Ia mampu untuk merawat alergik, kanser, diabetes dan penyakit kardiovaskular. Bijinya pula mengandungi saponin, tannin dan lemak. Biji buah mata kucing dijadikan bahan untuk membuat syampu dan boleh digunakan untuk mengurangkan pengeluaran peluh secara berlebihan. Ia juga digunakan untuk menghentikan pendarahan.
Isi buah mata kucing dipercayai dapat merawat sakit perut, mencegah demam dan membunuh cacing dalam perut. Buah mata kucing memberi tenaga yang baik dan dapat meningkatkan stamina.
Ia mengandungi sukrosa, protein, lemak dan glukosa. Buah mata kucing elok dimakan oleh wanita/ibu hamil dan selepas bersalin. Namun begitu ia hanya boleh dimakan dalam kuantiti yang sedikit(tidak berlebihan).
Dengan memakan buah mata kucing segar dikatakan boleh mencegah daripada demam, menambah nafsu makan dan mencegah anemia.

Kandungan Nutrisi bagi 100g isi buah mata kucing

Kalori, 61
Kelembapan, 82.4g
Protein, 1.0g
Lemak, 0.1g
Karbohidrat, 15.8g
Fiber, 0.4g
Ash, 0.7g
Kalsium, 10mg
Fosforus, 42mg
Iron, 1.2mg
Thiamine, 0.04 mg
Asid askorbik, 6 mg
CINTA : Ok kawan-kawan pasti semua tahukan buah mata kucing ni.Sangat sedap dan manis.Tapi jangan makan je kena tahu juga khasiat buah Mata Kucing ni.
Tahukah Anda Khasiat Buah Mata Kucing !!! Tahukah Anda Khasiat Buah Mata Kucing !!! Reviewed by C.I on March 27, 2018 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.