Bahan-bahan :
1) 4 Biji Ubi kayu (rebus dan lecek)
2) 1 biji kelapa parut
3) 4 sudu meja gula pasir
4) 2 sudu teh garam
5) ½ kilo tepung gandum
6) ½ sudu teh pewarna kuning
7) Air secukupnya
8) ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara :
1) Gaul rata ubi rebus bersama kelapa parut,gula dan garam . Ambil sedikit dan bulat-bulatkan sebesar bola pingpong sehingga habis.
2) Dalam bekas lain, bancuh pekat tepung gandum bersama air dan pewarna.
3) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali.
4) Celup bebola ubi ke dalam bancuhan tepung dan goreng sehingga keemasan. Angkat dan tos. Sedia untuk dihidangkan
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Cucur Lemak Manis yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Cucur Lemak Manis
Reviewed by C.I
on
March 31, 2020
Rating:
Reviewed by C.I
on
March 31, 2020
Rating:

No comments: