Biskut Makmur memang tidak asing lagi untuk dijadikan menu kuih di pagi lembaran Aidilfitri.Kuih ini juga memang banyak dijual apabila menjelang musim raya.Rasa yang sedap dan lemak susu yang akan cair didalam mulut anda memang satu kepuasan yang tidak terhingga.Biskut Makmur juga telah digubah dengan pelbagai cara mengikut negeri dan diolah sendiri oleh pembuat kuih tersebut seperti Biskut Makmur susu tanpa bakar, biskut Makmur Original dan banyak lagi.
Bahan-bahan A :
1) 800-1000g Tepung Gandum – saya pakai cap Rama-rama
2) 400g Minyak Sapi – pilih jenama QBB Pure Ghee tin hijau (yang ini sedap)
3) 200-300g Kacang Tanah Berkulit – tapi bukan guna semua, adjust ikut tekstur doh nanti
4) 100g Susu Tepung – pilih susu Nespray
Bahan-bahan B :
1) Gula Ising
2) Susu tepung – pilih susu Nespray
Cara-cara penyediaan :
1. Sangai tepung dengan api kecil sehingga ringan, angkat, ayak dan ketepikan.Tepung yang telah disangai dan diayak.
2. Ayak lagi tepung yang disangai sehingga tiada yang tergumpal.
3. Goreng kacang tanah tanpa minyak sampai kacang masak. Kopekkan kulitnya dan blender (kering) sehingga sederhana atau acah-acah halus. Kalau kasar sangat susah di bentukkan.
4. Panaskan minyak Sapi sehingga cair secara keseluruhan. letak sahaja tin itu di atas api dengan api kecil.

5. Campurkan setengah minyak sapi ke dalam tepung yang sudah diayak tadi. Kemudian sebatikan guna tangan seketika.
6. Masukkan kacang dan susu tepung sedikit demi sedikit, begitu juga dengan baki minyak sapi. Uli sehingga boleh dibentuk bulat-bulat.
7. Kalau doh sukar dibentuk dan minyak sapi sudah habis, boleh tambah minyak jagung atau minyak masak sikit-sikit.
8. Yang penting boleh bentukkan kuih makmur tersebut bulat-bulat. Kalau tepung masih peroi, tambahkan sedikit minyak sapi atau minyak makan.
9. Susun di atas dulang bakar dan bakar pada suhu 160 darjah dalam 15-20 minit bergantung kepada oven masing-masing.
10. Tipsnya, bila kuih dah masak, aroma menyengat boleh dihidu.
11. Suhu dan masa itu sebenarnya bergantung kepada oven memasing. Kak setkan ke 160-170 degree, 20 minit, api atas bawah. Sebelum masukkan kuih makmur mentah ni, pastikan panaskan dulu oven itu dalam 15 minit.
Selepas masak, sejukkan sekejap, kemudian salutkan dengan campuran gula ising dan susu (jika suka). Ada juga orang cuma letak ising saja. Tapi kalau letak susu, akan rasa lemak-lemak.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
# Anda juga boleh mencuba resipi biskut Makmur Original, Resipi Biskut Makmur susu tanpa bakar. Mohon Share sahabat semua. Mohon Share sahabat semua
CI : Di harap Resipi Kuih Makmur Sabah yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih

Resipi Kuih Makmur Sabah
Reviewed by C.I
on
May 19, 2020
Rating:
No comments: