Assalamualaikum...ok so ini cerita 2 hari sebelum puasa.Ceritanya apabila tiba-tiba mak dan ayah saya teringin nak pergi makan di Padang Besar Thailand.Rancangan ni pun sebenarnya agak spontan je.Bila dah rancangan pun spontan apa lagi saya pun dengan pasport tertinggal di KL, mak saya pula tak ada passport.So terpaksa lah buat border pass.Actually border pass hanya diberi kepada penduduk Malaysia yang tinggal berhampiran dengan negara bersempadan sahaja seperti Pelis, Kedah, Perak, Kelantan.Pic kat atas tu saya singgah ambil gambar dulu untuk buat border pass.
So kalau anda nak ke Thailand dari Perlis dan ingin buat border pass just terus datang ke imegresen Padang besar.Parking kereta dan terus naik ke tingkat satu
resit bayaran untuk buat border pass cuma Rm 10.00
Bayaran untuk border pass tak mahal pun cuma RM 10.00 je.Tapi gambar boleh tangkap di pejabat imegresen atau bawa sendiri.Masa yang diambil pun tak lama sangat just dalam 20 minit je.Lepas siap tu terus lah pergi cop border pass anda.Kalau ramai memang beratur panjang lah.Time saya pergi ni agak ramai lah.Tapi kalau nak dekat raya lagi panjang kena beratur.
Kat sini banyak orang malaysia datang untuk makan tengah hari sebab sedap
Macam ni lah keadaan Padang Besar sebelah Thailand tak ramai sangat orang.Kedai pun dah berkurangan.Masa tahun 90-an dulu banyak kedai kat sini.Memang semua orang suka masuk ke sebelah sini sebab murah.Tapi entah selepas tahun 2000 kedai dah semakin kurang.Orang pun tak ramai lagi datang sini.
dahaga so minum dulu pepsi Thailand,comelkan tin dia
So alang-alang datang sini saya beli lah seluar 3 helai.Sehelai lingkungan RM 35.00 je.Kalau beli kat padang besar sebelah perlis selalunya harga akan jadi RM 45.00 nampak tak beza disitu hampir Rm 10.00, opps saya beli kemeja jugak 2 helai hehe.CINTA : Kalau datang perlis memang saya syorkan untuk masuk ke Padang Besar sebelah Thailand sebab harganya berbeza hampir RM 10.00 berbanding kalau anda membeli di bazar padang besar perlis
Membeli-Belah Di Padang Besar Sebelah Thailand
Reviewed by C.I
on
June 23, 2015
Rating:
No comments: