Resipi Kuih Bebola Ubi Keledek


Resipi  Kuih Bebola Ubi Keledek

Bahan­-bahan : 

1) 2 cawan ubi keledek (rebus dan lecek) 
2) ½ cawan gula pasir 
3) 1 biji telur 
4) ½ sudu serbuk penaik 
5) ½ cawan tepung gandum 
6) ½ ­1 kg minyak masak (untuk menggoreng) 
7) Garam secukup rasa 

Cara-cara : 

1) Gaul rata ubi keledek bersama gula. 

2) Masukkan telur, tepung sedikit demi sedikit bersama serbuk penaik dan garam membentuk doh. Uli doh hingga tak melekat di tangan. (jika masih melekat, tambah lagi sedikit tepung) 

3) Bentukkan doh bulat­-bulat. 

4) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. 

5) Goreng doh yang telah dibentuk sehingga warna keemasan. Angkat dan tos. Sedia untuk dihidangkan

# Kalau anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi  Kuih Bebola Ubi Keledek yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Bebola Ubi Keledek Resipi  Kuih Bebola Ubi Keledek Reviewed by C.I on March 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.