Kaedah Melupuskan Penutup Mulut dan Hidung (MASK)


Disini dikongsikan kaedah bagi melupus penutup mulut dan hidung (mask) seperti yang dicadangkan oleh Kementerian Kesihatan Malaysia.

1. Putuskan bahagian tepi pada tali penutup mulut dan hidung
- Pastikan anda putuskan bahagian tali yang anda selit di telingan itu.

2. Lipat penutup mulut dan hidung ke arah dalam dengan kemas dan ikat menggunakan tali yang telah diputuskan.
- Ikat penutup mulut tersebut dan ikat dengan menggunakan tali yang telah anda putuskan tadi.sila pastikan ia diikat dengan kemas supaya tidak tertanggal.

3. Buang penutup mulut dan hidung terpakai ke dalam tong sampah yang bertutup.
- Selepas anda selesai mengikat, buang penutup mulut dan hidung tadi di tong sampah sekiranya boleh buang di dalam tong sampah yang berada di luar rumah.

4. Cuci tangan dengan air dan sabun selepas membuang penutup mulut dan hidung terpakai.
- Selepas itu anda perlu cuci tangan dengan air dan sabun.Sila cuci dengan bersih pastikan anda mengikut garis panduan yang betul untuk mencuci tangan.

Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 

Bagi menanggani masalah virus Covid-19 ini semua pihak harus berjuang dengan penuh bersungguh-sungguh.Sayangilah keluarga anda.Sekiranya anda mempunyai pengalaman atau pendapat mengenai perkara ini sila kongsikan diruang komen agar ia menjadi satu info yang bermanfaat kepada pembaca-pembaca yang lain.
Kaedah Melupuskan Penutup Mulut dan Hidung (MASK) Kaedah Melupuskan Penutup Mulut dan Hidung (MASK) Reviewed by C.I on March 28, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.