Seperti mana yang telah diumumkan oleh KKM kemungkinan besar gelombang ketiga mungkin akan terjadi.Walau bagaimana pun bersama-sama kita berdoa agar tiada gelombang ketiga seperti yang dijelaskan.
Gelombang ketiga ini adalah dari kelompok kluster masyarakat yang balik daripada bercuti semasa cuti sekolah awal bulan ini ke Korea,Jepun, Italy dan iran.Tidak lupa juga kelompok masyarakat yang balik kampung semasa pengumuman perintah kawalan pergerakan diumumkan.
Sekiranya mereka-meraka ini didapati dijangkiti virus covid-19 jadi inilah masanya mereka akan jatuh sakit dan terpaksa menyerah diri ke hospital.Apa-apa pun kita harap ini tidak terjadi, kita perlu sama-sama berdoa dan mengikut garis panduan jarak sosial yang KKM tularkan.
Kementerian Kesihatan Malaysia mendedahkan terdapat kementerian yang telah memberikan kelulusan kepada 8000 kakitangannya untuk bercuti di luar negara.Seperti yang kita sedia maklum ada juga rakyat Malaysia biasa juga keluar negara untuk bercuti.
Dengan lanjutan tempoh kawalan pergerakan yang telah dikuat-kuasakan oleh kerajaan, kita harap mampu untuk memutuskan rantaian virus ini.Anda boleh baca artikel yang telah ditulis Kronologi Lanjutan Tempoh Kawalan Pergerakan hingga 14 April 2020
Akhir sekali semoga Tuhan merahmati negara kita dengan mengagalkan gelombang ketiga virus Covid-19
Gelombang Ketiga Covid-19
Reviewed by C.I
on
March 29, 2020
Rating:
No comments: