Bahan-bahan :
Bahan untuk kulit :
1) 2 cawan tepung gandum
2) 1/2 cawan gula
3) 1/2 sudu kecil soda bikarbonat
4) 1 sudu kecil pewarna kuning
5) 1 biji telur
6) 1 setengah cawan air
7) 1/2 sudu teh serbuk penaik
Bahan taburan :
1) Sedikit mentega
2) 1 cawan kacang tanah (dimesin)
3) 1 tin jagung manis
4) 1/2 cawan coklat urai
5) 1/2 cawan gula pasir
Cara-cara :
1) Kisar gula bersama telur hingga kembang.
2) Masukkan soda, air, serbuk penaik dan pewarna kuning. Kisar hingga sebati.
3) Masukkan tepung dan kisar lagi supaya tidak berketul.
4) Sapu mentega rata mentega pada kuali leper (pan). Panaskan kuali dengan pi kecil.
5) Ambil satu senduk adunan tadi dan ratakan pada kuali leper (pan). Biarkan separuh masak.
6) Taburkan bahan taburan. Masak hingga kekuningan.
7) Setelah masak,lipat dua. Dan dipotong 4/6. Sedia untuk dihidangkan.
Kalau anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan Cari (Search) di bahagian atas
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Apam Balik yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Apam Balik
Reviewed by C.I
on
March 26, 2020
Rating:
No comments: