Bahan-bahan :
1) 1 bungkus agaragar (rendam sehingga kembang)
2) 5 cawan air
3) 1 cawan gula merah
4) ½ cawan gula pasir
5) 3 cawan santan
6) 2 biji telur
7) 1 helai daun pandan
Cara-Cara :
1) Masukkan agar-agar, air dan daun pandan di dalam periuk. Masak dengan api sederhana sehingga agar-agar hancur dan mendidih.
2) Masukkan gula merah dan gula pasir. Kacau dan biarkan mendidih.
3) Tapis bahan-bahan tadi ke dalam periuk lain. Biarkan mendidih.
4) Sementara itu gaul telur dan santan sehingga sebati.
5) Tapis adunan telur dan santan ke dalam adunan agaragar. Kacau dan biarkan mendidih seketika.
6) Tutup api dan tuangkan adunan ke dalam loyang atau acuan.
7) Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.
Kalau anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan Cari (Search) di bahagian atas
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Agar-Agar Santan yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Agar-Agar Santan
Reviewed by C.I
on
March 26, 2020
Rating:
No comments: