5 Langkah-Langkah pencegahan Covid-19 Untuk Wanita Hamil

Disini saya kongsikan 5 langkah-langkah pencegahan bagi wanita yang sedang hamil daripada dijangkiti virus Covid-19

1. Basuh tangan dengan kerap

- Buat wanita hamil anda diharuskan membasuh tangan dengan kerap.Seeloknya setiap kali anda melakukan kerja rumah seperti memasak,menyapu,membasuh. sila pastikan anda membasuh tangan dengan bersih selepas melakukan sebarang aktiviti dirumah.

2. Elakkan menyentuh mata,hidung dan mulut.

Seperti mana yang telah dinyatakan oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia virus covid-19 mampu berada dibadan kita selama berberapa jam.Bagi mengelak sebarang kemungkinan yang tidak diingini anda wanita hamil cuba elak daripada pada menyentuh angota badan yang lain.

3. jaga ruang dengan orang lain.

- Sekiranya anda terpaksa berada diluar rumah dan bertemu dengan orang lain anda dinasihatkan untuk menjarakkan diri anda.Sebaik-baiknya 1 meter jarak seperti yang di arahkan oleh pihak KKM.Bagi mengelakkan daripada dijangkiti virus Covid-19

4. Gunakan bahagian dalam siku atau tisu ketika batuk dan bersin.

- Pastikan anda membawa tisu untuk mengelakkan daripada anda bersin secara terbuka.Untuk makluman anda virus Covid-19 mampu merebak melaui bersin.Jadi berhati-hati.

5. Dapatkan rawatan awal jika demam, batuk atau sesak nafas.Hubungu klinik/hospital dan ikuti nasihat perubatan

- Dalam tempoh kawalan pergerakan anda wanita hamil digalakkan untuk menjaga kesihatan dan sekiranya anda mendapati terdapat perubahan kepada kesihatan anda menjadi kurang baik sila rujuk ke hospital berdekatan dengan secepat mungkin.

Untuk mengehtahui Update terkini kes kematian Covid-19 di malaysia boleh baca artikel Update Kronologi Kes Kematian Covid 19 Malaysia 

Jadi buat wanita hamil sila ambil perhatian kerana anda sedang berkongsi nyawa dengan kandungan anda.Saya harap rakan-rakan semua dapat share info ini dan kongsikan pengalaman anda sekarang dan memberi nasihat yang berguna di ruang komen dibawah.Kerana pandangan dan nasihat anda akan membantu rakan-rakan yang lain.
5 Langkah-Langkah pencegahan Covid-19 Untuk Wanita Hamil 5 Langkah-Langkah pencegahan Covid-19 Untuk Wanita Hamil Reviewed by C.I on March 26, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.