Resipi Kuih Tepung Bungkus


Resipi Kuih Tepung Bungkus

Kuih Tepung Bungkus boleh dikatakan salah satu kuih yang mudah kita dapati untuk dijadikan sarapan pagi.Rasanya banyak peniaga diluar sana menjual kuih tepung bungkus.Sesuai juga dihidangkan di waktu petang buat seisi keluarga anda.Apa-apa pun selamat mencuba buat anda yang ingin memasak kuih tepung bungkus.

Bahan­-bahan : 

Untuk inti : 

1) ½ biji kelapa muda parut 
2) 1 ketul gula melaka 
3) 2 sudu makan air 
4) 1 helai daun pandan 

Untuk kuih : 

1) 1 cawan tepung beras 
2) 2 cawan santan 
3) ½ sudu teh garam 
4) 4 sudu besar tepung pulut (bancuh dgn 1 sudu makan air membentuk doh) 5) Daun pisang yang telah dilayur dan lidi secukupnya 

Cara-cara : 

Untuk inti : 

1) Cairkan gula dengan air bersama daun pandan di atas api kecil hingga mendidih. 

2) Masukkan kelapa parut dan gaul rata. Tutup api dan sejukkan. 

Untuk kuih : 

1) Leperkan doh tepung pulut dan masukkan sedikit inti. Tutup jadikan bebola. Buat sampai habis. 

2) Bancuh tepung beras bersama santan. Kacau atas api hingga separuh masak. 

3) Panaskan kukusan. 

4) Ambil dua sudu makan bancuhan tepung dan letakkan di atas daun pisang. Letakkan 2 bebola tadi dan tutup dengan dua sudu lagi tepung. 

5) Tutup daun pisang dan lipat kedua-­dua hujung daun seperti bungkus tapai, semat dengan lidi dan kukuskan selama 20 minit. 

6) Sejukkan dan hidangkan Sedia untuk dihidangkan

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resipi Kuih Tepung Bungkus yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Tepung Bungkus Resipi Kuih Tepung Bungkus Reviewed by C.I on May 01, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.