Resipi Kuih Tepung Pasung


Resepi Kuih Tepung Pasung

Sediakan dahulu kelongsong daun pisang.Ukuran 14cm X 14cm.Layur atas api dan baru buat bentuk kon seperti  dalam gambar.Pastikan bahagian bawah kelongsong tersebut tertutup rapat supaya adunan yang akan dimasukkan tidak bocor pada 

Bahagian Bawah

Bahan-Bahan :

1) 2 sudu besar gula*
2) 1 1/2 ketul nisang atau kalau tidak ada boleh guna gula melaka *
3) 1 2/3 cawan air (350ml)*
4) 1 helai daun pandan disimpul*
5) 40 gm tepung beras
6) 20 tepung ubi
7) 1 sudu kecil air kapur

Cara-cara :

1. Bahan bertanda ( * ) dididihkan dan ditapis. biarkan sejuk

2. Campurkan ke dalam adunan air gula, tepung beras, tepung ubi dan air kapur dan kacau sebati

3. Panaskan periuk yang mengandungi adunan di atas dan kacau hingga keluar wap dan sedikit kental. tutup api

Bahagian Atas

Bahan-bahan :

1) 1 1/2 cawan santan pekat
2) 2 1/2 sudu besar tepung beras
3) 1 sudu besar tepung gandum
4) 1 sudu kecil garam (anggaran)
5) 1 sudu kecil gula

Cara-cara :

1. Campur kesemua bahan diatas dan didihkan atas api kacau sehingga sedikit kental.

2. Dah siap kedua-dua bahan ni.Kukusan dah dipanaskan kelongsong daun pisang tadi dimasukkan dalam lubang-lubang kukusan.Masukkan adunan bawah 3/4 penuh.Kukus dalam 7 mnit atau hingga ia masak dan masukkan pula bahagian atas dan kukus dlm 12-15 minit

3. Siap untuk dihidangkan

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

CI : Di harap 
Resepi Kuih Tepung Pasung yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Resipi Kuih Tepung Pasung Resipi Kuih Tepung Pasung Reviewed by C.I on May 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.