Assalamualaikum dan salam sejahtera.
Sempena menyambut hari Ramadhan yang dua puluh Tujuh ini, saya ingin berkongsi sedikit sebanyak mengenai ganjaran di bawah sekiranya kita berjaya menunaikan ibadah bagi Ramadhan kali ini.Mungkin ramai yang tidak tahu akan betapa besarnya ganjaran yang Allah S.W.T telah janjikan kepada kita sekira ikhlas menunaikannya.
Bagi sesiapa yang tahu berpuasa dan bertarawih sahaja tapi tidak tahu ganjarannya ! jadi mari saya kongsi bersama.
HARI KE DUA PULUH TUJUH :
"Dalam melintasi sirat (jambatan) pada hari kiamat kelak, dia akan dapat melintasi dengan laju bagaikan kilat menyambar."
2. Allah taala memberi jaminan bahawa pada hari kiamat kelak kita akan melintasi jambatan sirat dengan begitu mudah seperti kilat menyambar.Mesti semua dah tahu betapa panjangnya jambatan tersebut dan dibawahnya api marak menyala menunggu manusia jatuh untuk di hanguskan.Jadi tuan-tuan berpuasa lah dengan sepenuh hati pada hari ini semoga amalan kita akan diterima Allah swt.
3. Oleh yang demikian marikanlah kita bersama-sama mengerjakan ibadah Ramadhan pada hari ini.Semoga ibadah puasa dan sebagainya kita lakukan akan diberkati Allah S.W.T InsyaAllah.
CI : Semoga penulisan diatas dapat dikongsi bersama.Hanya satu perkongsian dari saya pada bulan Ramadhan Al ~ Mubarak ini.InsyaAllah
Ganjaran Pahala Ramadhan Ke Dua Puluh Tujuh
Reviewed by C.I
on
May 20, 2020
Rating:
No comments: