Roti jala memang sesuai kalau dihidangkan bersama keluarga kerana roti jala boleh mengeyangkan perut kita.Mungkin kadar karbohidrat didalamnya banyak.Mungkin juga sebab dimakan dengan gulai daging atau ayam.Selalunya kalau saya makan roti jala mesti tidak akan sentuh nasi lagi.Apa-apa pun buat anda yang ingin mencuba resipi roti jala, semoga berjaya dan selamat mencuba.
Roti Jala
Bahan-bahan :
1) 500 gram tepung gandum
2) 500 ml air
3) 2 biji telur
4) 1 sudu teh serbuk kunyit
5) ½ sudu teh garam
6) Minyak secukupnya
7) Simpulan daun pandan sebagai berus minyak
Cara-cara :
1) Bancuh tepung dengan semua bahan kecuali minyak dalam pengisar dan tapis.
2) Panaskan kuali leper dan sapu rata permukaan kuali dengan minyak menggunakan daun pandan.
3) Layangkan adunan dalam cawan roti jala.
4) Setelah selesai angkat dan lipatkan segi empat atau segi tiga atau boleh juga digulungkan
5) Hidang dengan *gulai daging / ayam.
Gulai Daging Ayam Atau Daging
1) 250 gram daging atau ½ ekor ayam
2) 2 biji bawang merah
3) 2 ulas bawang putih
4) ½ inci halia
5) 1 inci kulit kayu manis
6) 1 kuntum bunga lawang
7) 2 biji buah pelaga
8) 3 kuntum bunga cengkih
P/s : Bahan no.2, 3 dan 4 ditumbuk bersama-sama
P/s : Bahan no 5, 6, 7 dan 8 juga ditumbuk bersama-sama
9) ½ cawan santan pekat
10) 2 cawan santan cair
11) 2 biji kentang (potong 8)
12) 1 tangkai daun kari
13) 1 bungkus kecil rempah kari daging (bancuh dengan ¼ cawan air)
14) 1 sudu makan kerisik
15) 2 sudu makan minyak masak
16) 1 ½ sudu teh garam
1) Panaskan minyak dan tumiskan bahan yang telah ditumbuk dan daun kari sehingga wangi.
2) Masukkan rempah kari dan kacau sehingga terbit minyak.
3) Masukkan daging/ayam dan kentang. Kacau rata.
4) Masukkan santan cair dan kerisek dan biarkan sehingga mendidih.
5) Masukkan santan pekat. Biarkan mendidih dan reneh lagi sehingga nampak naik minyak.
6) Masukkan garam, kcau dan biarkan pekat. Tutup api. Angkat dan hidng bersama roti jala. Sedia untuk dihidangkan.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Roti Jala Dan Gulai Daging Atau Ayam yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Roti Jala Dan Gulai Daging Atau Ayam
Reviewed by C.I
on
April 19, 2020
Rating:
![Resipi Roti Jala Dan Gulai Daging Atau Ayam](https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiXaa5Qqb-33CCbnxqtV_aZ2J4xCOcuQWew9NYN_-tVJW3cB6BKt5xf8escLWk-MEOD0TgOOoDloJusSkwZh0djWxWKyNU2P48ebRgIfIGmmdQ27rDlkBPtfLp_H0JoBbS0tRiXx8xB_mfo/s72-c/Roti-Jala-Sedap-Homemade.jpg)
No comments: