Apa Yang Lelaki Mahukan Daripada Teman Wanita Mereka


Perempuan yang baru hendak berjinak-jinak dalam dunia percintaan ini seringkali buntu tentang apa yang boyfriend diorang mahukan. Dari perspektif seorang lelaki, saya cuba bagi sedikit inputlah tentang apa yang anda boleh expect daripada boyfriend anda.

1.Teman

Hidup ini sunyi kalau tidak mempunyai teman. Jadi perkara pertama yang seseorang lelaki itu mahu dalam hubungan percintaan adalah menjadikan girlfriendnya sebagai teman. Maksudnya lelaki itu boleh meninggalkan rakan-rakannya demi kekasih hatinya pada bila-bila masa sahaja. Lebih baik kalau mereka boleh buat apa-apa sahaja bersama, contohnya pergi berjogging, pergi gym, pergi konsert, pergi tengok perlawanan bola, etc. Elemen ini paling penting dan boleh menjamin masa depan perhubungan tersebut sebab lelaki itu akan melihat kekasihnya bukan sahaja setakat kekasih, malahan sebagai kawan rapat.

2.Tempat Mengadu

Kena ingat bahawa lelaki ini manusia juga, bukan robot. Lelaki ada perasaan dan emosi. Disebalik kegagahan mereka, ada kelembutan pada hati diorang. Akan datang suatu masa kegagahan dan kekuatan ini tumpas dan pada masa itulah sokongan daripada kekasih hati amatlah diperlukan.

Dalam proses untuk mereka membuka cerita dan mengadu, perempuan haruslah banyak bersabar dan sentiasa memberi dorongan yang positif kepada kekasih anda. Ada yang mudah untuk menceritakan segalanya, ada yang amat susah. Ego sentiasa menjadi penghalang, namun kekasih yang baik sentiasa tahu macam mana untuk menumpaskan ego lelaki anda. Ingat ni, sekeras-keras lelaki, dalam hati diorang ada taman juga.


3.Teman berborak

Sebuah hubungan akan jadi lebih best kalau kita bebas berbincang tentang topik kegemaran kita bersama pasangan kita. Keserasian pada peringkat minda dan kebijaksanaan ini memang mengujakan. Cuba ambil tahu apa yang boyfriend anda suka dan cuba beri pendapat tentang perkara tersebut apabila topik itu terlintas dalam perbualan harian anda. Tak perlulah terperinci sangat, asalkan ianya dapat menyemarakkan perbualan itu pun sudah cukup.

4.Fantasi

Fakta yang semua orang perlu terima: kita kenal dan jatuh hati pada seseorang itu melalui rupa atau pada segi luaran, fizikal terlebih dahulu. Kita (lelaki dan perempuan) lihat paras rupa fizikal bakal pasangan kita, boleh terima selepas itu baru ambil tahu pasal yang lain. Ini adalah fitrah. Jangan tak terima atau menyangkal perkara ini.

Berbalik kepada point asal, lelaki suka berfantasi. Ya.. Ini saya tidak tipu. Apa yang mereka buat dengan fantasi mereka itu, itu hal mereka. Tapi fakta di sini, lelaki suka berfantasi dan kekasih mereka biasanya termasuk dalam fantasi mereka. Baguslah tu kan? Nak ke boyfriend anda fantasi pasal perempuan lain pulak? Fantasi adalah indah, tetapi realiti adalah sesuatu yang jauh bezanya daripada fantasi. Nak cerita pasal fantasi ni agak rumit sikit atas sebab dan sensitiviti tertentu. Cukup untuk saya bagi contoh, kalau kekasih anda ini memang jenis yang tidak minat perempuan yang tembam, jadi kena pandai-pandailah anda supaya tidak menjadi tembam. Pointnya disini cari apa yang dia suka pada anda dari segi fizikal dan elakkan daripada menjadi sesuatu yang sebaliknya.

5.Penasihat peribadi

Satu kesilapan besar perempuan, mereka ini kadang-kadang terima sahaja bulat-bulat apa yang kekasih mereka buat/plan. Contohnya:

Boyfriend: I nak buat something lah you.. bla bla bla.. bla.. bla.. (explain panjang-panjang) …
Cik awek: Oklah you. Suka hati you, I ikut ajer..

Salah macam itu. Kalau mamat itu dah cerita panjang lebar mestilah dia nak pendapat anda walaupun dia tidak cakap yang dia perlukan pendapat anda, kecualilah kalau dia cakap dia suruh korang dengar sahaja. Simple sebenarnya. Lagi satu respon yang agak menjengkelkan ialah bila dah explain panjang-panjang macam itu, pihak perempuan balas cakap ‘ok’. Oh tidak! Benda ni selalu berlaku dalam SMS dan sememangnya annoying.

Lelaki suka rujuk sesuatu pada kekasih diorang untuk dapatkan input dan pandangan diorang. Kalau pandangan korang negatif, jangan takut untuk menyuarakannya . Tak salah dalam menyuarakan pendapat.

CI : Hanya sedikit perkongsian dari saya.ramai perempuan yang tidak tahu apa yang sebenarnya yang lelaki mahu.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Apa Yang Lelaki Mahukan Daripada Teman Wanita Mereka Apa Yang Lelaki Mahukan Daripada Teman Wanita Mereka Reviewed by C.I on April 19, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.