Resipi Kuih Putu Bambu


Resipi Kuih Putu Bambu

Kuih bambu ni memang banyak dijual di pasar malam.Sekiranya anda pergi ke pasar malam pasti akan ada peniaga yang menjualnya.Rasa kuih putu bambu memang sedap kerana teksur yang lembut dan mempunyai inti gula melaka di bahagian dalam.Putu bambu juga sangat sesuai dijadikan satu perniagaan kerana mempunyai permintaan yang banyak dikalangan peminatnya yang tersendiri.Sekiranya anda ingin membuat sendiri putu bambu di rumah sila salin resipi dibawah.Selamat mencuba.

Bahan-­bahan : 

1) 250 gram tepung beras (goring tanpa minyak) 
2) ⅓ cawan air 
3) 1 sudu teh garam 
4) 1 ½ cawan kelapa parut 
5) 1 cawan gula merah 
6) 3 biji pisang masak (hiris) 
7) Air limau nipis (direnjiskan ke atas hirisan-­hirisan pisang) 
8) Buluh bergaris pusat 8cm atau acuan bulat. 

Cara-cara : 

1) Renjiskan sedikit garam ke atas tepung, gaul hingga menjadi seperti serbuk roti. 

2) Masukkan 1 cawan kelapa parut dan gaul rata. 

3) Masukkan 2 sudu adunan ke dalam buluh/acuan. Masukkan sedikit gula melaka atau hirisan pisang dan tutup dengan 1 sudu kelapa. 

4) Kukus selama 10 minit, atau hingga masak. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap Resipi Kuih Putu Bambu yang saya tulis di atas dapat
memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Putu Bambu Resipi Kuih Putu Bambu Reviewed by C.I on April 19, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.