Resipi Puding Roti Dengan Sos Kastard


Resipi Puding Roti
Puding roti adalah sejenis kuih yang memang sangat sedap.Sekali makan pasti akan jilat jari.Cara menyediakan memang sangat mudah cuma mengambil sedikit masa yang lama kerana perlu bakar selama 30 minit lebih kurang.Tetapi penantian yang lama memang berbaloi untuk dapatkan makanan yang sedap kan.Apa kata anda cuba sendiri dirumah untuk dijadikan hidangan buat keluarga tercinta anda.Kalau anda buat sikit sila jauhkan sedikit dari anak-anak kerana budak-budak memang suka makan Puding Roti silap-silap anda sendiri tidak sempat makan nanti.Selamat mencuba

Bahan­-bahan : 

Untuk sos kastad : 

1) 1 tin susu cair 
2) 2 sudu makan tepung kastad 
3) 2 sudu makan gula 

Untuk puding : 

1) 500 ml susu segar 
2) 8 keping roti 
3) 4 sudu makan gula halus 
4) 2 sudu makan mentega 
5) 2 biji telur 
6) 1 sudu teh esen vanilla 
7) 1 sudu makan tepung jagung 
8) 2 sudu besar kismis hitam 

Cara-cara : 

Untuk sos kastad : 

1) Gaul rata kesemua bahan untuk sos kastad. 

2) Didihkan sebentar di atas api. 

Untuk puding : 

1) Rendam roti yang telah dipotong 4 setiap satu bersama susu segar selama ½ jam di dalam loyang. 

2) Tuang ke dalam loyang bahan yang telah digaul rata. 

3) Bakar dalam ketuhar pada suhu 180°c selama ½ jam/masak. Angkat dan sejukkan. 

4) Tuangkan sos diatas puding semasa menghidang. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Puding Roti yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Puding Roti Dengan Sos Kastard Resipi Puding Roti Dengan Sos Kastard Reviewed by C.I on April 16, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.