Puding roti coklat adalah sejenis resipi yang mudah dan tidak memerlukan banyak bahan yang susah untuk dicari.Cuma masa yang diperlukan agak lama sedikit iaitu 1 jam.Hasilnya sekira anda sanggup menunggu selama 1 jam memang sangat lumayan.Sesuai dihidangkan kepada anak-anak anda.Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
1) 1 buku kecil roti
2) 1 liter susu coklat kotak
3) 3 sudu makan gula perang
4) 2 biji telur (pukul)
5) 1 sudu makan mentega cair
6) 1 sudu teh esen vanilla
7) 50 gram coklat urai
8) 50 gram coklat cair
Cara-cara :
1) Potong-potong roti pada saiz kecil.
2) Gaul rata susu dengan mentega cair, gula dan telur.
3) Masukkan roti dan rendam selama 1 jam.
4) Masukkan coklat urai dan gaul rata.
5) Sapu rata mentega pada loyang. Masukkan adunan ke dalam loyang dan bakar pada suhu 180°c selama 1 jam.
6) Sejukkan dan tuang rata permukaan dengan coklat cair. Potong kecil dan hidangkan. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Puding Roti Coklat yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Puding Roti Coklat
Reviewed by C.I
on
April 16, 2020
Rating:
No comments: