Kementerian Kesihatan Malaysia telah mengeluarkan satu garis panduan buat kita secara percuma, untuk kita ikut sekiranya ingin menjadi kurus.Yang tinggal sekarang adalah kesungguhan dan disiplin kita sendiri untuk mengikut langkah-langkah yang disarankan.Sekiranya kita ingin kurus sila tekad dalam diri masing-masing.
1. Pastikan separuh daripada pinggan anda adalah sayur dan buah
- Kurangkan pengambilan tidak kira jenis daging apa-apa pun.Memang daging membekal protein kepada badan kita tapi sayuran juga dapat bekalkan protein juga contoh sayur Kailan, Kangkong dan sebagainya.
2. Pilih makanan yang tinggi serat
- Makanan tinggi serat ini adalah seperti kentang, brokoli, timun japang, bayam dan banyak lagi.Makanan tinggi serat ni boleh mengikat lemak kita lepas tu kita akan buang lemak itu di tandas (berak).
3. Mulakan sesi makan anda dengan buah, salad atau sup sayur.
- kalau anda hendak kurus memang anda kena jadi vegeterian habis.Kena anggap sayuran ini seperti pembuka selera sebelum makan.Jadikan jadual harian anda.Nanti pasti anda akan makan sikit sahaja dah rasa kenyang kerana anda sudah makan sayuran sebentar tadi.
4. Pastikan ada sumber protein pada setiap kali waktu makan utama
- Kalau nak kurus memang perlu ada pengorbanan sikit.Makan malam anda dibenarkan untuk ambil protein tapi harus beringat.Sekiranya boleh sila ambil dalam kuantiti yang sedikit dan gabungkan dengan sayuran yang mempunyai protein.
5. Gunakan pinggan yang lebih kecil untuk hidangan makanan anda.
- Trik yang ini bagus.Pakai pinggan yang kecil jadi anda pun tak boleh lah hendak letak makanan yang banyak-banyak.Jadikan tabiat anda sampai anda kurus.
6. Kunyah makanan anda dengan lebih lama.
- Dalam islam pun memang menyuruh kita makan dengan sopan dan perlahan barulah ada kenikmatan.Makan dengan pelahan memang bagus kerana anda akan dapat rasa yang anda sudah kenyang dalam islam pun digalakkan berhenti makan apabila anda rasa sudah hampir kenyang.Jangan dah kenyang sampai perut gemuk baru hendak berhenti memang tidak kurus lah sampai bila-bila.
7. Minum air kosong pada waktu makan dan di antara waktu makan.
- Sebaiknya amalkan minum air kosong pada bila-bila masa, cuma ambil air gula sedikit sahaja untuk keperluan badan kerana badan juga perlukan gula
7 Rahsia Kurus Semasa Perintah Kawalan Pergerakan.
Reviewed by C.I
on
April 14, 2020
Rating:
No comments: