Resipi kali ini adalah resipi mahal kenapa? kalau anda mahu beli puding gula hangus diluar memang harganya agak mahal untuk portion yang tidaklah sebesar mana.Jadi kenapa perlu bazirkan duit anda sedangkan anda boleh masak sendiri dirumah.Puding gula hangus ini memang sangat digemari oleh kanak-kanak semestinya kalau anda buat pasti akan habis dalam sekelip mata sahaja.Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
1) ½ cawan gula ..dicairkan dalam loyang yg nak dikukuskan nanti
2) 1 tin susu cair
3) 1 fruit cocktail (asingkan airdan isi)
4) 5 biji telur
5) ½ cawan gula
6) 1 sudu teh esen vanilla
7) 2 sudu makan tepung kastad
Cara-cara :
1) Panaskan kukusan.
2) Gaul rata semua bahan kecuali gula dan isi fruit cocktail dan tapis.
3) Sementara itu cairkan gula di dalam loyang hingga kekuningkuningan.
4) Masukkan adunan ke dalam loyang gula tadi.
5) Tutup loyang dengan plastik glaze nipis dan kukus selama ½ jam.
6) Sejukkan kemudin terbalikkan dalam pinggan besar.
7) Taburkan isi buah fruit cocktail. Sejukkan. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Puding Gula Hangus yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Puding Gula Hangus
Reviewed by C.I
on
April 14, 2020
Rating:
No comments: