Resipi Popia Goreng


Resipi Popia Goreng

Popia goreng adalah kuih yang sangat sinonim di negara kita.Tekstur yang rangup bersama inti yang sedap dibahagian dalam dan di cicah pula dengan sos memang akan memberi kenikmatan buat sesiapa sahaja yang memakannya.Boleh dibeli kerana popia goreng banyak dijual oleh peniaga.Tetapi sekiranya anda memasaknya sendiri anda mungkin akan merasai tekstur rangup yang fresh berbanding dengan membeli di luar sana.Selamat mencuba resipi popia goreng.

Bahan-­bahan : 

1) Kulit popia saiz besar 
2) 1 biji telur (pukul) 
3) ½ batang lobak merah 
4) 1 keping tahu (goreng dan cincang) 
5) ½ biji sengkuang 
6) 2 sudu udang kering (tumbuk) 
7) 1 cawan kobis (sagat) 
8) 1 labu bawang besar (cincang) 
9) 3 ulas bawang putih (cincang) 
10) 1 biji cili merah (cincang) 
11) 1 sudu teh garam 12) ½ ­ 1kg minyak masak (untuk menggoreng) 

Untuk sos : 

1) 3 biji cili merah 
2) 1 sudu makan cili mesin/giling 
3) 1 ulas bawang putih 
4) 1 cm halia 
5) 1 sudu makan cuka 
6) 3 sudu makan gula 
7) 1 sudu teh garam 
8) 1 sudu teh tepung jagung 
9) ½ cawan air 

Cara-cara : 

1) Panaskan 2 sudu minyak dan tumiskan bawang besar dan bawang putih sehingga wangi. 

2) Masukkan udang kering, lobak merah, tahu, sengkuang, cilimerah, garam dan sayur kobis. Masak sehingga layu . 

3) Angkat dan ketepikan. 

4) Bentang sehelai kulit popia. Letakkan bahan yang telah dimasak dan lipat serta gulungkan. Buat sehingga habis. 

5) Sementara itu panaskan minyak dalam kuali dan goreng hingga garing. Angkat dan tos. 

Untuk sos : 

1) Mesin semua bahan dan didihkan sebentar. 

2) Hidang bersama popia goreng. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I
: Di harap 
Resipi Popia Goreng yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Popia Goreng Resipi Popia Goreng Reviewed by C.I on April 14, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.