Pau goreng adalah satu resipi yang sangat sesuai dibuat di rumah.Pau ini juga amat digemari oleh kanak-kanak.Tetapi sekarang tidak ramai yang suka membuatnya mungkin kerana tidak tahu resipi.Jadi kali ini kami kongsikan resipi pau goreng supaya anda boleh cuba buat sendiri dirumah anda.
Bahan-bahan :
Untuk inti :
1) 200 gram kacang merah
2) Air secukupnya (untuk rebus)
3) 100 gram gula perang
4) ½ sudu teh pewarna merah
5) 1 sudu teh garam
6) 3 sudu besar minyak masak
Untuk pau :
1) 500g tepung naik sendiri
2) 6 gram yis segera
3) 50 gram minyak sayur
4) ½ sudu teh garam
5) 100 gram gula halus
6) 250 gram air suam
7) ½ 1kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara :
Untuk inti :
1) Rebus kacang hingga separuh kembang dan kisar sehingga halus (kisar bersama air rebusan)
2) Satukan kesemua bahan-bahan inti dan masak hingga pekat.
3) Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga rata.
Untuk pau :
1) Satukan air, yis, minyak, gula dan garam. Masukkan bahan-bahan ini ke dalam tepung membentuk doh. Uli doh selama 5 minit.
2) Bentukkan doh menjadi panjang dan potong doh setiap satu menjadi 40g.
3) Simpan doh selama 10 minit dengan ditutup plastik.
4) Setelah 10 minit,ambil doh dan bentukkan bulat. Isikan intinya ditengahtengah, tutup doh supaya tidak bocor dan bentukkan bulat semula.
5) Alaskan doh dengan kertas minyak dan buat sehingga doh itu habis dan disimpan lagi selama 1 jam.
6) Panaskan kuali dengan minyak sederhana panas.
7) Goreng pau sehingga warna keemasan. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Pau Goreng yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Resipi Kuih Pau Goreng
Reviewed by C.I
on
April 12, 2020
Rating:
No comments: