Kuih pau kukus sebenarnya memang mudah dibeli kerana banyak peniaga yang menjualnya.Pelbagai inti boleh didapati.Tetapi tidak akan sama dengan membuat sendiri kerana intinya kita boleh letakkan mengikut kuantiti yang kita mahukan, ini akan memberi lebih kepuasan untuk makan.Kuih pau kukus ini kalau dimakan sewaktu hujan bersama air teh panas memang paling terbaik.Jadi anda boleh cuba buat sendiri dirumah anda.Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
Untuk inti :
1) 200 gram kacang merah
2) Air secukupnya (untuk rebus)
3) 100 gram gula perang
4) ½ sudu teh pewarna merah
5) 1 sudu teh garam
6) 3 sudu besar minyak masak
Untuk Pau :
1) 500 gram tepung gandum
2) ½ sudu teh baking powder
3) ½ sudu teh garam
4) 1 sudu makan gula
5) 1 sudu teh yis segera
6) 2 sudu makan shorterning [crisko]
7) 250 gram air suam
8) keratan daun pisang atau kertas minyak.
Cara-cara :
Untuk inti :
1) Rebus kacang hingga separuh kembang dan kisar sehingga halus (kisar bersama air rebusan)
2) Satukan kesemua bahan-bahan inti dan masak hingga pekat.
3) Setelah pekat masukkan minyak makan dan kacau sehingga rata.
Untuk pau :
1) Gaul rata semua bahan kecuali air.
2) Masukkan air sedikit-sedikit sehingga habis. Uli sehingga licin.Tutupkan dengan kain lembab dan biarkan naik 2X ganda.
3) Tumbukkan adunan dan bahagikan adunan menjadi ketulan kecil. Bulatkan dan masukkan inti .
4) Lapikkan adunan diatas keratan daun pisang atau kertas minyak.
5) Rehatkan adunan sehingga naik lagi.
6) Panaskan kukusan.
7) Masukkan adunan dan kukus selama 10 minit.
8) Buka tudung dengan perlahan-perlahan supaya air wap tidak menimpa adunan pau. Sedia untuk dihidangkan
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Pau Kukus yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Resipi Pau Kukus
Reviewed by C.I
on
April 12, 2020
Rating:
No comments: