Sepertimana yang kita tahu Perdana Menteri Malaysia telah mengumumkan bahawa sesetengah operasi perniagaan akan dibenarkan beroperasi semula pada masa Perintah Kawalan Pergerakan fasa 3 dijalankan.
Sektor-sektor tersebut adalah seperti berikut :
1. Kedai Hardware
- Kesemua kedai hardware di Malaysia di benarkan untuk beroperasi semula seperti biasa.Ini adalah satu tindakan yang bagus kerana barangan hardware juga adalah keperluan asas untuk rakyat malaysia, sekiranya ditutup untuk jangka masa yang lama ini akan menyusahkan rakyat Malaysia.
2. Kedai Barangan Elektrik & Elektronik
- Kedai barangan elektrik & elektronik juga adalah perniagaan yang harus dibuka kerana cuba bayangkan sekiranya anda mempunyai masalah seperti lampu atau suis elektrik di rumah rosak semasa PKP dan anda tidak boleh memperbaikinya ini akan memberi banyak masalah kepada penduduk di dalam rumah.
3. Kedai Cermin Mata
Sebenarnya tiada masalah sangat bagi kedai cermin mata untuk beroperasi semula kerana perniagaan ini tidak akan menyebabkan orang ramai berkumpul.Bagi yang memakai cermin mata, kedai cermin mata amatlah perlu dibuka kerana tanpa cermin mata hidup akan menjadi gelap.Jadi ini adalah satu keputusan yang bijak.
4. Kedai Gunting Rambut
Kedai gunting rambut beroperasi semula, ini adalah satu keputusan yang kurang bijak kerana perniagaan ini akan menyebabkan banyak manusia akan berkumpul di satu tempat pada satu masa yang sama.Sekiranya rambut panjang masih boleh diuruskan dengan menggunakan minyak rambut seperti Gel dan sebagainya buat masa sekarang.Rakyat Malaysia sepatutnya harus berkorban sedikit buat masa sekarang dengan melakukan perkara-perkara yang penting sahaja bukan perkara yang remeh temeh.Kerajaan juga tidak perlu lah terlalu mengikut kehendak rakyat sangat buat masa sekarang kerana matlamat kita memutuskan rantaian jangkitan virus masih belum berjaya.Ketua Pengarah Kesihatan juga memberi nasihat supaya kerajaan mengkaji semula kebenaran ini.
5. Kedai Dobi
Bagi perniagaan Dobi pula adalah tidak menimbulkan banyak masalah kerana perkhidmatan ini adalah layan diri.Hanya hantar dan boleh tunggu di tempat yang lain seperti dalam kereta atau sebagainya.Ini tidak akan menyebabkan manusia berkumpul dalam jumlah yang ramai.Cuma peniaga premis dobi harus menjaga kebersihatan alatan dobi didalam premis.Tingkatkan jadual untuk cuci alatan dobi supaya virus covid-19 boleh dinyahkan.
5. Kesihatan Sosial Termasuk Perubatan Tradisional ( Kedai Ubat )
Kedai ubat juga adalah satu keputusan yang wajar dibenarkan beroperasi semula kerana ramai rakyat diluar sana memerlukan ubat-ubatan tradisional seperti akar-akar kayu yang boleh dijadikan rebusan untuk penyakit kencing manis.Ramai rakyat di Malaysia menggunakan ubatan rawatan tradisional untuk mengawal penyakit mereka sekaligus dapat mengurangkan kesesakan di Hospital Besar.
6. Sains Profesional & Teknikal Termasuk R&D
- Berkaitan guaman
- RND berkaitan Covid-19
- Makmal ujian
- Minyak dan gas
Sektor ini juga sebenarnya diperlukan terutama sekali yang berkaitan dengan virus Covid-19.Inilah masanya sektor-sektor ini bekerja sama dengan kerajaan untuk membantu melawan virus Covid-19.
Apa yang penting sebenarnya adalah kesedaran masyarakat Malaysia itu sendiri untuk berdisiplin mengawal jarak sosial dan kebersihan diri di luar atau di dalam rumah.Apa-apa pun marilah kita bersama-sama membantu kerajaan Malaysia dalam memutuskan rantaian jangkitan Virus Covid-19
Perkhidmatan Yang Di Buka Semula Pada 13 April Semasa PKP
Reviewed by C.I
on
April 12, 2020
Rating:
No comments: