Resipi kali ini memang agak mudah dibuat tetapi mempunyai banyak bahan-bahan yang diperlukan.Sekiranya anda ingin mengubah selera kepada masakan barat boleh cuba resipi ini, dan sudah pasti anak-anak anda pastikan akan menyukainya.Untuk bahan inti boleh diletak mengikut kuantiti yang anda kehendaki, cadangan supaya letak lebih cheese.Selamat mencuba
Bahan-bahan :
Untuk inti (topping) :
1) 250 gram daging kisar
2) 2 biji tomato
3) 1 labu bawang besar
4) 1 biji lada benggala kecil
5) 2 ulas bawang putih (cincang)
6) 3 keping nanas (potong dadu)
7) 1 cawan cendawan butang (potong
4) 8) 100 gram keju mozzarella parut
9) 1 sudu makan minyak
10) 3 sudu makan cili sos
11) 1 cawan tomato puri
12) 1 sudu teh serbuk daun aregano
13) 1 sudu teh garam
Untuk doh :
1) 500 tepung gandum
2) 11 gram yis segera
3) 1 sudu teh gula
4) 1 sudu teh garam
5) 1 sudu makan majerin
6) 1 cawan air suam
7) ½ cawan minyak
Cara-cara :
Untuk inti (topping) :
1) Tumis bawang putih hingga naik bau.
2) Masukkan separuh tomato puri, cili sos, garam, oregano dan daging, kacau rata hingga daging masak.
3) Masak hingga pekat dan ketepikan.
Untuk doh :
1) Gaul rata semua bahan untuk doh sehingga lembut. Tutup dengan kain lembap dan biarkan naik 2 x ganda.
2) Tumbuk-tumbuk doh untuk keluarkan angin dan bahagikan kepada beberapa ketulan.
3) Bulatkan adunan dan leperkan mengikut besar yang dikehendaki. Biarkan selama 15 minit. Sementara itu panaskan ketuhar pada suhu 180°c
4) Bakar doh dalam ketuhar selama 10 minit.
5) Keluarkan dan ratakan tomato puri dikuti inti. Atur tomato, cili benggala, cendawan, nanas dan tabur ke atasnya keju parut.
6) Bakar seketika hingga hingga keju cair sepenuhnya.. Sedia untuk dihidangkan
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Pizza Mini yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Resipi Pizza Mini
Reviewed by C.I
on
April 12, 2020
Rating:
No comments: