Kuih Talam Kacang Merah memang sangat sedap dimakan.Di bulan puasa memang banyak peniaga yang menjualnya di bazar ramadhan.Boleh dikatakan kuih yang agak terkenal di bulan puasa.Buat anda yang ingin cuba hasilkan sendiri dirumah memang sangat digalakkan kerana kuih ini agak mudah untuk dibuat.Sesuai dijadikan hidangan buat sekeluarga.Selamat mencuba.
Bahan-bahan :
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Untuk lapisan bawah :
1) 425 gram kacang merah
2) 2 cawan tepung beras
3) ½ cawan tepung ubi/kanji/jagung
4) 1 cawan gula
5) 3 cawan santan cair
6) 1 sudu teh garam
7) ½ sudu teh pewarna merah
Untuk lapisan atas :
1) 1 cawan tepung beras
2) 3 cawan santan pekat
3) ½ sudu teh garam
Cara-cara :
Untuk lapisan bawah :
1. Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang.
2. Masukkan semua bahan kecuali kacang merah dan kacau rata. Tapis.
3. Masukkan kacang merah yg dimesin dan kacau rata.
4. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak dalam ½ jam.
Untuk lapisan atas :
1. Gaulkan semua bahan dan tapis. Masak adunan di atas api kecil.
2. Bila adunan lapisan bawah telah masak, cakarkan sedikit dan tuang santan atas permukaan kacang merah tadi. Kukus semula selama 25 minit.
3. Sejukkan dan potong Sedia untuk dihidangkan.
Klik untuk lagi resipi kuih talam, Talam Cendol, Talam Suji, Talam Ubi kayu, Talam Tokyo, Talam Keladi Berlauk, Talam Pisang, Talam Nangka, Talam Keledek, Talam Keladi, Talam Kacang Hijau, Talam Jagung, Talam Berlauk, Talam Pandan.Mohon Share Guys
Klik untuk lagi resipi kuih talam, Talam Cendol, Talam Suji, Talam Ubi kayu, Talam Tokyo, Talam Keladi Berlauk, Talam Pisang, Talam Nangka, Talam Keledek, Talam Keladi, Talam Kacang Hijau, Talam Jagung, Talam Berlauk, Talam Pandan.Mohon Share Guys
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
C.I : Di harap Resipi Kuih Talam Kacang Merah yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Talam Kacang Merah
Reviewed by C.I
on
April 29, 2020
Rating:
No comments: