3C adalah langkah-langkah yang patut anda ambil tahu sekiranya anda terpaksa bekerja.Menjadi tanggungjawab kita bersama sebenarnya untuk memutuskan rantaian Covid-19 di tempat kerja.
1. Crowded Places ( Tempat Sesak )
Elakkan berada di tempat yang sesak contohnya seperti berada di cafe atau kantin kerana tempat ini pasti akan ramai yang datang untuk membeli makanan.Sila atur langkah anda sekiranya tempat yang hendak ditujui sesak batalkan niat dahulu.
2. Confined Spaces ( Tempat Tertutup )
Ruang tertutup contohnya seperti pantri di office, jadi elakkan berada di pantri ramai-ramai.Surau juga adalah ruang tertutup, sila pastikan seorang atau dua sahaja berada di dalam satu-satu masa.Ruang persalinan loker juga boleh dikira sebagai ruang tertutup jadi anda perlu berhati-hati.
3. Close Conversation ( Bercakap Jarak Dekat )
Ini perkara yang paling asas elakkan bercakap dalam jarak dekat.Sebenarnya kita perlu jarakkan diri 1 meter jadi akan selesai semua masalah tidak perlu risau lagi apabila bercakap dengan orang lain.
Elak 3C Di Tempat Kerja Cegah Covid-19
Reviewed by C.I
on
April 29, 2020
Rating:
No comments: