Resipi Kuih Talam Suji


Resipi Talam Suji

Kuih Talam Suji memang saya tak pernah makan kuih ini walaupun sekali.Tapi kalau di tengok dari bahan-bahan tu nampak sedap.Tunggu nanti saya cuba buat dan upload videonya sekali.Buat anda yang ingin buat sendiri boleh cuba resipi dibawah.


Bahan-Bahan :

Lapisan bawah

1) 1 1/2 cawan tepung suji/semolina 
2) 1 kotak kecik santan (200ml)
3) 3 cawan air
4) 3/4 cawan gula pasir
5) Secubit garam
6) Pewarna kuning telor

Cara-Cara :

1. Satukan semua bahan.

2. Masak atas api sampai kental.Tutup api. 

3. Masukkan adunan dalam loyang saiz 10' x 10'.

4. Loyang tersebut dilapik plastik atau oles minyak masak, bagi mengelakkan melekat.

5. Ratakan. Kukus 20 minit. Sambil tu buat adunan lapisan atas plak.

Bahan-bahan :

Lapisan Atas 

1) 1 cawan tepung gandum
2) 2 sudu besar tepung kastad
3) 1 kotak kecik santan kotak
4) *3 cawan air
5) *1 cawan gula merah
6) *3 sudu besar gula pasir
7) Daun pandan

Cara-Cara :

1. Masak bahan bertanda * hingga larut. Bila dah suam masukkan ke dalam adunan tepung. Masukkan santan kotak. Kacau sehingga tiada tepung yang berketul ketul. Lepas itu tapis.
2. Bila adunan lapisan bawah sudah cukup 20 minit. Masukkan adunan lapisan atas, nak masukkan tu hati-hati tau. Lepas tu kukus semula dalam 20 minit juga.

*Tips : Apabila cukup 20 minit buka penutup kukusan. Biar 10 minit dengan api masih terpasang. Tujuannya untuk memastikan air di atas permukaan kuih tersebut kering.




# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

C.I : Di harap Resipi Kuih Talam Suji yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.


 
Resipi Kuih Talam Suji Resipi Kuih Talam Suji Reviewed by C.I on April 29, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.