Kuih Talam Ubi Kayu memang kuih yang sangat popular di negara kita.Rasanya kuih ini memang dah lama zaman-berzaman pun.Bekalan ubi kayu di negara kita memang mudah didapati jadi kuih ini senang hendak dibeli.Sekiranya hendak buat sendiri pun tidak lah susah sangat hanya ambil masa sekita 30 ke 40 minit sahaja.Jadi anda boleh cuba buat sendiri dirumah.Selamat mencuba yakin boleh.
Bahan-bahan:
Untuk lapisan bawah :
1) 1 kilo ubi kayu (kisar dan tapis, buang air tapisan)
2) 3 cawan air
3) 1 cawan gula merah
4) 1 cawan gula pasir
5) 2 helai daun pandan
P/s : bahan no 2,3,4 dan 5 - Campurkan, masak hingga mendidih dan tapis
P/s : bahan no 2,3,4 dan 5 - Campurkan, masak hingga mendidih dan tapis
Untuk lapisan atas :
1) 1 cawan tepung beras
2) 4 ½ cawan santan pekat
3) 1 sudu teh garam
Cara-cara :
Untuk lapisan bawah :
1. Panaskan kukusan dan rata minyak pada loyang.
2. Ambil ubi dalam tapisan dan gaulkan dengan air gula.
3. Masukkan adunan ke dalam loyang dan kukus sehingga masak anggaran selama ½ jam.
Untuk lapisan atas :
1. Bancuh semua adunan untuk lapisan atas. Tapiskan.
2. Masukkan dalam periuk kecil dan masakkan sebentar atas api yg sederhana besar.Kacau selalu supaya tidak berketul-ketul dan tutup api.
3. Cakar-cakarkan sedikit lapisan bawah dan tuang adunan lapisan atas tadi. Kukus semula selama 25 minit.
4. Sejukkan dan potong. Sedia untuk dihidangkan.
Klik untuk lagi resipi kuih talam, Talam Cendol, Talam Kacang Merah, Talam Suji, Talam Tokyo, Talam Keladi Berlauk, Talam Pisang, Talam Nangka, Talam Keledek, Talam Keladi, Talam Kacang Hijau, Talam Jagung, Talam Berlauk, Talam Pandan.Mohon Share Guys
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai resipi ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
C.I : Di harap Resipi Kuih Talam ubi kayu yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari pengalaman, hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Talam Ubi Kayu
Reviewed by C.I
on
April 29, 2020
Rating:
No comments: