Resipi Kuih Donat
Kuih Donat memang tidak asing lagi di negara kita.Kuih yang sangat sedap,manis dan lembut bila dikunyah.Tetapi tidak semua suri rumah yang gemar membuat kuih ini di rumah untuk hidangan keluarga.Kuih Donat juga sekarang sudah menjadi satu makanan yang boleh dijadikan perniagaan.Uniknya inti kuih Donat bukan sahaja gunakan gula bahkan boleh gunakan perlbagai perisa seperti coklat, vanila dan banyak lagi.Anda boleh cuba sendiri dirumah kalau sedap mungkin boleh jadi usahawan Kuih Donat satu hari nanti.
1) 500 gram tepung gandum
2) 1 cawan gula
3) 1 cawan susu tepung
4) ½ sudu teh garam
5) 1 bungkus yis kering
6) 1 sudu makan lemak sayur
7) 1 biji telur (pukul)
8) 2 sudu makan marjerin
9) 250 ml air suam
10) ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
11) Gula halus / coklat cair dan coklat urai (pilihan bahan untuk salut)
Cara-cara :
1) Masukkan tepung, gula, susu, garam dan lemak sayur ke dalam mangkuk. Gaul rata.
2) Masukkan telur, marjerin dan air suam. Gaul rata hingga menjadi doh. Uli doh hingga tidak melekat.
3) Tutupkan dengan kain lembab dn biarkan naik hingga 2 kali ganda.
4) Selepas naik tumbuktumbuk doh supaya angin keluar. Uli sekali lagi.
5) Bahagikan adunan kepada bebola kecil dan canaikan. Terap mengikut saiz yang dikehendaki.
6) Biarkan adunan naik sekali lagi.
7) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali dengan api yg sederhana.
8) Goreng donat sehingga keemasan. Angkat dan tos.
9) Salut donat yang telah digoreng dengan gula halus atau sapu coklat pada bahagian atas donat dan tabur dengan coklat urai. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Kuih Donat yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.

Reviewed by C.I
on
April 02, 2020
Rating:
No comments: