Resipi kali ini memang unik sikit apabila udang dan jagung digabungkan menjadi satu hidangan.Rasanya memang sedap sesuai dijadikan hidangan buat seisi keluarga.Cara penyediaan pun sangat mudah.Tidak perlu ambil masa yang sangat lama untuk membuat persediaan.
Bahan-bahan :
1) 150 gram isi jagung
2) 1 labu bawang besar (cincang)
3) 3 biji cili merah (cincang)
4) 100 gram udang hidup
5) 1 biji telur
6) 2 cawan tepung gandum
7) Sedikit daun kucai
8) Air suam (bergntung pada kualiti tepung)
9) Garam secukup rasa
10) ½ sudu teh kunyit serbuk
11) ½ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng)
Cara-cara :
1) Kesemua bahan kecuali minyak masak dan cili sos digaul rata.
2) Panaskan minyak masak di dalaam kuali.
3) Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat.
4) Hidangkan bersama cili sos atau sos tomato. Sedia untuk dihidangkan.
# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.
Mohon Share Guys
C.I : Di harap Resipi Cucur Jagung Bersama Udang yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Cucur Jagung Bersama Udang
Reviewed by C.I
on
April 02, 2020
Rating:
No comments: