Adibah Noor Pertahankan Golongan B40


Dalam satu kenyataan yang telah dibuat oleh penyanyi dan pelakon tersohor tanah air kita baru-baru ini. Beliau nampaknya mempertahankan golongan B40 yang telah dikecam teruk oleh sesetengah artis yang bermulut puaka.

Nampaknya seperti golongan artis sudah berpecah kepada dua, satu golongan yang berpihak kepada artis dan satu lagi golongan yang berpihak kepada nitizen Malaysia.

Dalam petikan tersebut Adibah Noor telah memuat naikkan satu post


' Sampai hati kata B40 macam tu.

merekalah yang tolong jahitkan baju, tangkap ikan, petikkan sayur, cucikan lantai, basuhkan rumah, buangkan sampah, angkat taik,

tak "menyumbang" dari segi wang ringgit...Tapi peranan mereka tetap mustahak dalam masyarakat.

Dengan kenyataan Adibah Noor ini sedikit sebanyak dapat membantu mengurangkan kebencian nitizen kepada golongan artis.Sepatutnya golongan artis perlu tunjukkan contoh yang terbaik supaya menjadi ikutan kepada masyarakat yang lain.

Disini dikongsikan sedikit salasilah artis yang bernama Adibah Noor

Daripada Wikipedia, ensiklopedia bebas

Adibah Noor binti Mohamed Omar (lahir 3 September 1970) merupakan seorang pelakon dan penyanyi Malaysia. Beliau pernah menjadi guru Bahasa Inggeris selama dua tahun di sebuah sekolah di pedalaman. Adibah juga merupakan duta pusat beli belah / Pasaraya The Store (Malaysia).

Dilahirkan di Kuala Lumpur, Adibah merupakan guru Bahasa Inggeris sebagai lulusan Bahasa Kedua dari Universiti Kebangsaan Malaysia. Pertandingan nyanyian pertamanya ialah dalam pertunjukan bakat yang dipanggil Suara 90-an Nescafe di mana beliau mendapat tempat pertama pada tahun 1994.
Adibah Noor Pertahankan Golongan B40 Adibah Noor Pertahankan Golongan B40 Reviewed by C.I on April 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.