Resipi Kuih Cucur Ikan Bilis


Resipi Kuih Cucur Ikan Bilis

Cucur Ikan Bilis, mesti anda pernah cuba terutama sekali di zaman kanak-kanak.Masyarakat kampung terutama sekali amat gemar akan cucur ikan bilis.Itu lah hakikatnya makcik-macik dan nenek-nenek di kampung memang gemar buat cucur ikan bilis.Buat yang tinggal dibandar mungkin anda jarang untuk makan cucur ikan bilis.Ikan bilis dan bawang yang akan menjadi rangup apabila digoreng bersama tepung semestinya membuat anda akan makan tidak henti-henti.Resipi yang mudah sekali dibuat sesuai dimakan bersama keluarga di rumah.

Bahan-­bahan : 

1) ½ kg tepung gandum 
2) 3 ­ 4 biji cili merah 
3) Ikan bilis secukupnya 
4) 1 ­ 2 biji bawang besar (dimayang) 
5) 1 sudu teh garam 
6) Air panas (mendidih) secukupnya untuk membancuh 
7) ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng) 

Cara-cara : 

1) Masukkan tepung, cili, ikan bilis dan bawang besar dalam mangkuk dan dibancuh dengan air panas. Bancuhan pekat tidak cair. Biarkan sejuk. 

2) Sementara itu panaskan minyak di dalam kuali. 

3) Gunakan sudu makan, masukkan adunan ke dalam kuali satu per satu hingga habis. Goreng sehingga kekuning-­kuningan dengan api sederhana. 

4) Angkat dan tos. Hidang bersama sos cili atau sos tomato. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Cucur Ikan Bilis yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Cucur Ikan Bilis Resipi Kuih Cucur Ikan Bilis Reviewed by C.I on April 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.