Resipi Kuih Cucur Durian


Resipi Kuih Cucur Durian

Cucur durian memang tidak boleh dinafikan lagi mempunyai rasa yang sangat enak buat mereka yang suka kepada buah Durian.Makanan ringan ini akan menjadi menu yang istimewa jika dihidangkan pada waktu awal pagi dan petang buat sesisi keluarga.Tetapi buat masa sekarang Cucur Durian sudah semakin dilupakan bukan kerana tidak sedap mungkin faktor buah Durian yang sangat mahal dipasaran sekarang.Buat anda yang mempunyai buah durian yang lebih boleh cuba resipi ini.

Bahan­-bahan: 

1) ½ kg tepung gandum 
2) 3 ulas durian 
3) 1 ½ cawan air suam 
4) 4 sudu gula 
5) ½ sudu teh garam 
6) 2 sudu makan kelapa parut 
7) ½ ­ 1 kg minyak masak (untuk menggoreng) 

Cara-cara : 

1) Kacau isi durian bersama air suam. 

2) Masukkan garam dan gula. 

3) Setelah hancur, masukkan tepung gandum dan kelapa parut sedikit demi sedikit. Kacau dengan lembut supaya cucur tidak menjadi keras. 

4) Panaskan minyak di dalam kuali. 

5) Goreng adunan tadi dengan menggunakan sudu satu persatu. Masak hingga warna keemasan dengan api yang sederhana kecil dan angkat. Sedia untuk dihidangkan.

# Sekiranya anda ingin mencari resipi lain sila ke ruangan ( Cari@Search) di bahagian atas laman sesawang ini.Sekiranya anda mempunyai pengalaman dan pendapat mengenai kuih ini sila kongsikan di ruang komen dibawah agar ia dapat memberi manfaat kepada pembaca yang lain.

Mohon Share Guys

C.I : Di harap 
Resipi Kuih Cucur Durian yang saya tulis di atas dapat memeriahkan lagi meja tamu dan dapur anda.Segala penulisan oleh saya di atas adalah dari hasil pencarian serta bacaan dari majalah, blog, laman website yang berkaitan dan sebagainya.Sekian Terima Kasih.
Resipi Kuih Cucur Durian Resipi Kuih Cucur Durian Reviewed by C.I on April 02, 2020 Rating: 5

No comments:

Powered by Blogger.